CEO FTX Makin Miskin, Perlukan $9.4 Bilion Untuk Selamatkan Syarikat!

289

Pelan pengumpulan sebanyak $9.4 bilion telah dilaksanakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FTX, Sam Bankman-Fried (SBF) dalam menyelamatkan syarikatnya daripada mengalami kejatuhan.

Oleh demikian, beliau merancang untuk mengumpul $1 bilion daripada pengasas Tron Justin Sun, $1 bilion exchanger kripto OKX, $ 1 bilion Tether (USDT) dan $2 bilion daripada pelbagai syarikat pelaburan.

Difahamkan bahawa SBF enggan mengisytiharkan muflis serta melantik penasihat bagi membangunkan semula syarikat sungguhpun beliau tidak mempunyai sebarang usaha untuk memulihkan FTX.

Namun begitu, FTX menulis kenyataan di Twitter miliknya bahawa mereka akan memeterai perjanjian bersama TRON agar dapat membenarkan para pemegang TRX atau aset digital yang terpilih untuk ditukarkan kepada FTX kepada wallet pihak ketiga lain.

Rentetan itu, syarikat tersebut dan TRON akan bertindak melakukan deposit awal berjumlah $13 juta supaya dapat digunakan semasa swap*.

*Menukar aset pelabur secara langsung kepada mata wang lain sama ada untuk membina portfolio, mengurangkan kerugian, menggunakan kripto sebagai pembayaran, atau mengelakkan kos slip atau yuran transaksi tinggi yang lain

Malah, FTX turut membuat pengumuman berkaitan perancangannya serta penerangan kemasukan aliran modal pada masa hadapan termasuklah memberi amaran kepada pengguna supaya berwaspada susulan TRX, BTT, JST, SUN dan HT berkemungkinan lebih volatile disebabkan swap.

Walau bagaimanapun, CEO CryptoQuant Ki young Ju meluahkan kebimbangannya dengan menyebut bahawa perjanjian yang dilakukan kedua-dua syarikat tersebut adalah tidak sah.

Malah, beliau menjangkakan bahawa Sun mempunyai agenda tersendiri dengan menjual pada harga tertinggi semasa harga TRON pada FTX membuat peningkatan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat