CEO Goldman Sachs Beri Amaran Berhati-hati! Kemelesetan Ekonomi A.S Boleh Berlaku Dalam Masa Terdekat!

954

Ketua Pegawai Eksekutif Goldman Sachs David Solomon memberi amaran pada hari Selasa bahawa ekonomi A.S. mungkin menuju ke arah kemerosotan yang boleh menjadikan keputusan pelaburan dan perniagaan lebih sukar.

Dalam wawancara bersama CNBC, beliau menyatakan, “Saya fikir ini adalah masa untuk berhati-hati, dan saya fikir jika anda menjalankan perniagaan berasaskan risiko, inilah masanya untuk berfikir dengan lebih berhati-hati tentang kotak risiko anda, selera risiko anda,” kata Solomon.

Tambah beliau, “Saya fikir anda perlu menjangkakan bahawa terdapat lebih banyak turun naik akan berlaku berbanding sekarang. Namun begitu ia tidak bermakna bahawa kita akan mempunyai senario ekonomi yang sangat sukar. Akan tetapi mengenai pengagihan hasil, terdapat kebarangkalian bahawa kita mengalami kemelesetan di Amerika Syarikat,”.

Solomon bercakap hanya beberapa minit selepas syarikat ini mengeluarkan laporan pendapatan suku ketiga yang mengatasi jangkaan penganalisis untuk kedua-dua komponen iaitu keuntungan dan hasil. Keputusan tersebut hadir pada masa yang penting untuk ekonomi kerana ia menyediakan satu lagi penyusunan semula, kali ini menggabungkan empat perniagaan utama gergasi Wall Street itu kepada tiga.

Penyusunan semula syarikat dan memperkemas perniagaan mencerminkan “evolusi etos satu-Goldman Sachs” yang katanya akan membantu pelanggan perkhidmatan bank dengan lebih baik.
Mengenai hal itu, Solomon menyatakan bahawa asas-asasnya tidak berubah. “Kepimpinan memang berpindah ke tempat yang berbeza, tetapi ia adalah kepimpinan yang sama.”

Bercakap mengenai isu makro, Solomon berulang kali menekankan kepentingan agar berhati-hati, sambil merujuk kepada pengetatan polisi monetari dan kenaikan inflasi dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Rizab Persekutuan telah menaikkan kadar faedah secara agresif dalam usaha meredakan inflasi yang berjalan pada paras tertingginya dalam tempoh lebih 40 tahun. Pasaran telah bertindak balas dengan kuat, dengan saham jatuh dan hasil bon melonjak naik.

Akhir sekali, Solomon memberi amaran bahawa nuansa ekonomi yang menuju ke 2023 adalah sesuatu yang perlu anda berhati-hati dan bersedia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat