CEO Huawei Tampil Beri Penjelasan Perkembangan Terkini Tawaran Tekonologi 5G Dengan Firma-Firma A.S!

465

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Huawei Technologies Co Ltd , Ren Zhengfei tampil memberi pencerahan pada hari Rabu bahawa syarikat Huawei Technologies setakat ini belum terlibat secara langsung dengan mana-mana syarikat A.S dalam menawarkan lesen rangkaian teknologi 5G.

Berdasarkan laporan yang dilaporkan oleh Reuters pada bulan Oktober bahawa syarikat masih dalam fasa awal berunding dengan beberapa syarikat telekom A.S mengenai tawaran lesen teknologi 5G melalui orang tengah. Beliau dalam masa yang sama juga memberi amaran bahawa rundingan tersebut masih baru berada dalam peringkat awal dan dijangka akan mengambil masa yang panjang dalam mencapai keputusan yang muktamad.

Pada hari ini, Ren menegaskan dalam ucapan beliau,” Setakat ini belum ada mana-mana syarikat A.S yang berunding secara langsung kerana khidmat orang tengah yang digunakan tidak semestinya mewakili syarikat-syarikat besar A.S”.

Lanjut beliau, “ia akan dilihat lebih serius jika pihak berkepentingan hadir dan membincangkan isu dengan kami (Huawei) kemudian dilanjutkan dalam membincangkan perjanjian, kontrak dan hubungan jalinan kerjasama.”

Sebelum ini sebagaimana sedia maklum bahawa Huawei telah dilarang dari berurusan dengan syarikat Amerika Syarikat. Bermula pada bulan Mei, syarikat Huawei telah dimasukkan ke dalam senarai syarikat yang disenarai hitam oleh AS berikutan atas alasan keselamatan negara.

Disisi lain, dalam minggu ini Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat (AS), Wilbur Ross telah tampil memberi kenyataan bahawa firma-firma AS akan dibolehkan kembali menjual komponen kepada Huawei dalam jangka waktu terdekat ini. Ross telah menyatakan bahawa lesen yang diperlukan dalam berurus niaga dengan Huawei akan diterbitkan. Setakat ini, pentadbiran AS telah menerima 206 unit permohonan lesen kebenaran tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat