CEO Twitter Sokong Facebook Jual Projek Kripto ‘Diem’, Menyifatkan 2 Tahun Yang Sia-Sia!

1,021

Sedia maklum, usaha Mark Zuckerberg untuk memperkenalkan mata wang kripto, Diem terkubur begitu sahaja selepas mereka menjualkan aset intelektual kepada bank pelaburan, Silvergate Capital pada minggu lepas.

Lantaran daripada itu CEO Twitter, Jack Dorsey berkongsi pendapatnya berkaitan situasi yang dialami Meta (dulu: Facebook).

Menurut figura itu, satu kesilapan terbesar Meta ialah membangunkan sendiri mata wang kripto sedangkan mereka boleh saja menfokuskan kepada protokol terbuka seperti Bitcoin (BTC).

Dalam tempoh dua tahun mengusahakan Diem, yang mana Dorsey sifatkan sebagai satu tindakan yang sia-sia dan membuang masa, lebih baik jika Meta wujudkan pengaksesan meluas terhadap BTC.

Secara tidak langsung, banyak manfaat yang boleh diraih bukan untuk Meta sahaja tetapi juga Instagram, Facebook Messenger, dan WhatsApp.

Dorsey yakin: “Kita tidak perlu terikat dengan idea ‘memiliki sesuatu untuk dapatkan manfaat’, sama seperti yang dimahukan oleh Meta melalui produk stablecoin, Diem.

Walaupun banyak entiti sudah lancarkan mata wang kripto, termasuk platform pertukaran Crypto.com, Binance, dan FTX, tetapi apa yang mahu ditekankan Dorsey ialah bagaimana protokol dan standard terbuka ini sentiasa berevolusi.

“Sumber terbuka seperti pelombong Bitcoin, wallet Bitcoin, dan yang sedang dibangunkan juga, kesemuanya bergerak ke depan.”

Mungkin ramai yang sudah tahu tentang Dorsey sebagai seorang pendukung tegar Bitcoin.

Syarikatnya, Block (dulu: Square) kini sepenuhnya menfokuskan kepada Bitcoin dan infrastruktur BTC. Misalnya baru-baru ini, salah satu produknya – CashApp telah berintegrasi dengan Lightning Network, membolehkan pengguna mengirimkan BTC secara percuma.

Dorsey juga dilihat menyokong kuat tindakan Meta menjualkan Diem dengan satu twit baru-baru ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat