Cerminan Pasaran Ekuiti Global, Bursa Malaysia Turut Alami Penurunan

135

Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini untuk dibuka lemah, mencerminkan sesi dagangan kurang menentu Wall Street semalaman.

Ketika jam 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 7.43 mata pada 1,487.62 daripada penutupan Selasa pada 1,495.05.

Indeks dibuka rendah 6.47 mata pada 1,488.58.

Di pasaran meluas, kaunter rugi pada 235 mengatasi kaunter untung pada 81, manakala 204 kaunter pula tidak berubah, 1,715 tidak didagangkan dan 9 digantung.

Jumlah perolehan pada 126.77 juta unit bernilai RM54.76 juta.

Ulas Malacca Securities Sdn Bhd, faktor utama yang mencemarkan sentimen pasaran adalah faktor bacaan data pembukaan pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang menurun sehingga memberi kesan kepada indeks utama Wall Street.

Selain itu, ketibaan wakil AS Nancy Pelosi di Taiwan di sebalik amaran keras kerajaan China mengeruhkan lagi situasi pasaran apabila banyak negara lain mula campur tangan.

Sungguhpun begitu, firma menjangkakan pembelian berterusan daripada dana asing akan terus menyokong bursa tempatan.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd dan Public Bank Bhd susut 4 sen pada RM8.84 dan RM4.62, CIMB Group Holdings Bhd turun 5 sen pada RM5.20, Petronas Chemicals Group Bhd naik 7 sen pada RM8.92 sementara IHH Healthcare Bhd kekal pada RM6.42.

Saham aktif memperlihatkan CSH Alliance Bhd dan Borneo Oil Bhd kekal pada 5.5 sen dan 2.5 sen, TWL Holdings Bhd dan Dagang NeXchange Bhd naik 0.5 sen pada 6.5 sen dan 80 sen dan Malaysian Genomics Resource Centre Bhd tambah 6 sen pada 77 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas Shariah menyusut 36.63 mata pada 10,660.52, FBM ACE menurun 28.67 mata pada 4,767.91, indeks FBMT 100 merosot 43.71 mata pada 10,292.97, FBM Emas Index mengurang 44.43 mata pada 10,538.07 dan FBM 70 melemah 22.42 mata pada 12,572.08.

Segi sektor, indeks Perladangan melemah 4.97 mata pada 7,023.08, indeks Produk dan Perkhidmatan menguncup 0.36 mata pada 184.08, indeks Tenaga mengurang 0.73 mata pada 657.86 dan indeks Perkhidmatan Kewangan melemah 80.56 mata pada 16,570.71.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat