Cetus Kontroversi, Pelosi Koyak Transkrip Ucapan Donald Trump!

1,549

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump hari ini telah menyampaikan ucapan tahunan State of the Union (SOTU).

Dengan “The Great American Comeback” sebagai tema ucapan, Trump mendakwa pencapaian ekonomi negara itu adalah yang terbaik dalam sejarah di bawah pentadbirannya.

Trump juga tidak henti-henti memuji pentadbiran beliau yang telah mendorong kepada kekuatan ekonomi Amerika Syarikat, terutama dalam sektor pekerjaan yang memperlihatkan purata pengangguran terendah dalam sejarah negara.

Selain itu, Trump juga menyebut mengenai kejayaan pentadbirannya dalam pencapaian perjanjian besar bersama Mexico dan Kanada (USMCA) dan China untuk menamatkan perdagangan tidak adil bagi Amerika.

Perjanjian USMCA dikatakan akan mewujudkan 100,000 pekerjaan dalam pembuatan kereta kepada warga Amerika dan menawarkan upah yang tinggi.

Sementara itu, sepanjang tempoh 78 minit ucapannya Trump tidak sekali pun menyebut mengenai proses pemecatan yang sedang dijalankan ke atas beliau, malah tindakan beliau yang enggan berjabat tangan dengan Speaker Dewan Perwakilan A.S, Nancy Pelosi telah mencetuskan kontroversi.

Sebaik sahaja Trump selesai menyampaikan ucapannya, Nancy Pelosi dilihat telah mengoyak transkrip ucapan presiden itu. Menurut Pelosi, tindakan itu dibuat kerana ia adalah tindakan yang perlu diambil sewajarnya.

Presiden A.S dan Speaker Dewan Perwakilan sememangnya tidak sehaluan, lebih-lebih lagi Nancy Pelosi merupakan antara individu yang memainkan peranan utama dalam mencetuskan siasatan pemecatan ke atas Trump.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat