Cetus Kontroversi, Tun M Tak Puas Hati Perlantikan Perdana Menteri Ke-8!

864

Kini, teka-teki rakyat Malaysia telah pun terjawab. Semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8. Berikutan dengan itu, terdapat pelbagai respon yang diberikan oleh rakyat Malaysia.

Ada yang menerima dengan hati terbuka tidak kurang juga ada yang menyuarakan ketidakpuasan hati. Namun begitu, apa yang lebih mencuri perhatian adalah tindakan Tun Dr Mahathir yang seolah-olah tidak berpuas hati.

Sejam selepas prosedur angkat sumpah tersebut, beliau mendakwa bahawa beliau telah memperoleh sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan serta akan membuktikannya dengan undi di Parlimen. Tambahan daripada itu, bekas Perdana Menteri ke-7 tersebut menyatakan bahawa beliau memiliki bukti sokongan dan menggesa agar sidang Parlimen diadakan.

Bekas perdana menteri itu telah memperoleh kuasa pada Mei 2018 tetapi bertindak meletak jawatan pada hujung minggu lalu apabila berlakunya krisis politik. Berikutan dengan itu, Yang di-Pertuan Agong mengadakan sesi temuduga peribadi dengan setiap anggota Parlimen bagi menentukan calon yang sesuai bagi jawatan Perdana Menteri.

Setelah itu, istana mengumumkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berjaya memperoleh sokongan Parlimen serta akan bergelar Perdana Menteri Malaysia yang ke-8. Akibat daripada pengumuman tersebut, terdapat segelintir rakyat Malaysia yang menyuarakan ketidakpuasan hati kerana merasakan bahawa hak demokratik mereka sebagai pengundi telah dinafikan.

Sementara itu, Tun M turut mendedahkan bahawa beliau telah dikhianati oleh Muhyiddin yang merupakan salah seorang menteri di bawah kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini.

Adakah ketidakpuasan hati bekas Perdana Menteri ini dapat mengubah keputusan yang dikemukakan?

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat