Cetus Persoalan, Jeff Bezos Jual Hampir $4.1 Bilion Saham Amazon!

1,530

CEO Amazon, Jeff Bezos telah menjual saham syarikatnya hampir $4.1 bilion dalam tempoh 11 hari yang lalu. Menurut Suruhanjaya Sekuriti Dan Bursa (SEC), Jeff Bezos membuat penjualan saham bernilai $579.8 juta pada Jumaat yang lalu selepas menjual $1.65 bilion saham pada hari Selasa dan Rabu.

Selain itu, dalam tempoh 31 Januari dan 3 Februari, beliau dikhabarkan menjual saham bernilai $1.8 bilion. Seterusnya, penjualan berkenaan merupakan sebahagian daripada pelan perdagangan 10b5-1 yang telah dirancang sebelum ini.

Namun begitu, wakil-wakil syarikat berkenaan enggan mengulas berkenaan jualan terkini.

Di samping itu, Jeff Bezos didakwa mempercepatkan penjualan sahamnya dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Pada Ogos 2019, beliau menjual kira-kira $2.8 bilion saham Amazon begitu juga pada tahun 2016 dan 2017, Jeff Bezos dikatakan menjalankan jualan saham secara besar-besaran.

Sebelum ini, CEO tersebut mendedahkan bahawa penjualan saham kira-kira $1 bilion adalah untuk membiayai syarikat penerokaan ruang angkasanya, Blue Origin. Tambahan daripada itu, beliau turut memperuntukkan modal tambahan bagi Day One Fund, iaitu organisasi yang dilancarkan pada September 2018 bertujuan untuk menyediakan pendidikan buat golongan yang tidak berkemampuan dan membantu gelandangan.

Pada November yang lalu, dana tersebut telah memperuntukkan geran sebanyak $98.5 juta yang diagihkan kepada 32 kumpulan.

Ketika majlis Anugerah Akademi Ahad lalu, Jeff Bezos menyatakan bahawa penjualan saham yang dijalankan ini adalah akibat daripada kos sara hidupnya yang semakin meningkat. Menurut New York Post, CEO berkenaan telah melawat rumah mewah di Los Angeles bersama teman wanitanya, Lauren Sanchez.

Bukan itu sahaja! Beliau telah membeli dua karya seni yang dilelong di New York pada November yang lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat