CFTC, SEC Digesa Tubuhkan Pasukan Untuk Aset Digital

372

Barisan penyelia undang-undang Jawatankuasa Perkhidmatan Kewangan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) telah menfailkan perundangan berkaitan aset digital.

Jika perundangan tersebut diluluskan, terbentuk pasukan kerja aset digital yang diketuai oleh dua penyelia utama AS.

Suruhanjaya Dagangan Niaga Hadapan Komoditi (CFTC) dan Securities and Exchange Commission (SEC) digesa untuk bersatu menyokong dalam inovasi aset digital.

Pasukan itu akan diwakili oleh dua suruhanjaya dan pemangku bukan kerajaan yang dilantik penyelia seperti ahli firma yang menghasilkan dan membuat kajian terhadap teknologi baru.

Pasukan itu perlu mengemukakan analisis kerangka perundangan dan peraturan AS terhadap aset digital kepada CFTC dan SEC dalam tempoh setahun selepas pembentukan pasukan itu.

Sebaik sahaja analisis tersebut selesai dikemukakan, pasukan akan dibubarkan, melainkan ketua bagi dua suruhanjaya mahu melanjutkan lagi tempoh kepada lagi setahun. Namun, pasukan tersebut perlu menghantar laporan yang telah digubal.

Rang undang-undang itu diperkenalkan oleh Perwakilan Patrick McHenry pada Isnin bersama empat lagi anggota lain.

Sementara itu, perwakilan Tedd Budd dan Warren Davidson sudah lama tertarik dengan teknologi blockchain, malah menyokong Akta Taksonomi Token Davidson.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat