Chainlink (LINK) Bakal Tembus $50 Sekali Lagi?

262

Pada 6 September, Chainlink (LINK) mencatatkan rekodnya tersediri, menjadi salah satu matawang kripto dengan prestasi terbaik.

Berdasarkan pemerhatian, LINK/USDT melonjak 8.25% dengan nilai dagangan mencecah $36.35 buat pertama kali sejak menjunam menghampiri $13.45 pada 20 Mei lalu. Secara tidak langsung, kebangkitan LINK keseluruhannya membawa keuntungan lebih 170%.

Apa yang mengundang kepada perkembangan positif LINK?

Pada 1 September, Optimism Ethereum mengumumkan bahawa Chainlink telah berintegrasi dengan perkhidmatan layer-two Ethereum.

Susulan daripada itu, LINK meningkat tinggi sehingga 36% kerana permintaan yang mendadak daripada kalangan pengguna Chainlink. Dorongan yang sama sebelum ini juga berjaya membawa LINK mencatatkan keuntungan pada 540% pada akhir 2020.

Sebagai rekod, sekitar 50%-80% aplikasi kewangan desentralisasi (DeFi) dan kebergantungannya terhadap Chainlink untuk melindungi data langsung, meningkatkan permintaan LINK yang lebih meninggi dalam kalangan komuniti Chainlink.

LINK mencatatkan peningkatan harga dalam suku pertama 2021, sehingga 161%. Bagaimanapun rekodnya mengecewakan pada suku kedua selepas susut 37%, ketika pembetulan besar-besaran berlaku dalam pasaran kripto.

Kali ini, penganalisis meramalkan LINK bakal menembusi paras $50 dalam tiga minggu akan datang, sekaligus menguji rekod tertinggi sepanjang masa (ATH), $52 pada 10 Mei.

Jelas penganalisis, keyakinan prestasi LINK didorong oleh kerjasama LINK dengan lebih 76 projek baharu pada Ogos. Tidak mustahil juga LINK mampu menghampiri sekitar $65 jika seunit bernilai 0.02 ETH.

Ketika penulisan, LINK didagangkan pada $34.71, meningkat lebih 4% dalam 24 jam. Manakala LINK/ETH mencatatkan rekod $0.0088.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat