Che Diavolo! Itali Kenakan Cukai Kripto Hingga 26%!

93

Salah satu negara Eropah iaitu Itali bakal mengikuti jejak langkah Portugal dalam memperkukuhkan lagi peraturan mata wang kripto dan tidak dilupakan juga meningkatkan cukai pada perdagangan aset digital.

Antara butiran yang terkandung dalam peruntukan pelan belanjawan Itali 2023 adalah mengenakan cukai sebanyak 26% terhadap keuntungan modal yang diperoleh melalui perdagangan kripto.

Namun, cukai tersebut hanya akan digunakan setelah keuntungan kripto melebihi €2,000 ($2,062) manakala pihak berkuasa Itali mula memandang aset digital tersebut sebagai mata wang asing.

Sementara Giorgia Meloni yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri Rusia pula bukan sahaja mengarahkan pembayar cukai mengisytiharkan nilai aset digital masing-masing pada 1 Januari 2023, malah membayar cukai 14%.

Difahamkan bahawa objektif tindakan tersebut dilakukan adalah untuk menggalakkan lagi warga Itali mendedahkan pegangan aset masing-masing termasuklah pulangan cukainya.

Rentetan itu, kebanyakan warga Itali akan kurang berminat mendalami atau melakukan sebarang pelaburan dalam kripto susulan cukai yang dikenakan terlalu banyak.

Jumlah penduduk Itali yang memiliki aset digital tersebut hanyalah 1.3 juta orang iaitu 2.3% berbanding Perancis pada 3.3% dan United Kingdom (UK) 5%.

Meskipun begitu, beberapa syarikat exchanger kripto seperti Binance telah mengambil peluang keemasannya untuk menubuhkan perkhidmatan mereka di negara Itali yang dianggap berpotensi untuk masa hadapan.

Bahkan, syarikat Nexo dan Gemini telah mendapat kebenaran untuk menawarkan perkhidmatan kripto kepada rakyat Itali setelah pendaftarannya diluluskan oleh pengawal selia negara tersebut.

Dalam pada itu, Portugal pernah memberi kenyataan pada Oktober 2022 bahawa negaranya akan mengenakan cukai besar-besaran sebanyak 28% terhadap aset digital yang melakukan keuntungan jangka pendek.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat