Chevron Corp Nak Beli Saham Noble Energy?

271

Chevron Corp mendedahkan bahawa syarikat itu akan membeli saham syarikat pengeluar minyak dan gas Noble Energy Inc dengan harga kira-kira AS $ 5 bilion. Ianya merupakan perjanjian terbesar pertama sejak berlakunya krisis COVID-19 yang telah menghancurkan permintaan minyak global dan menurunkan harga minyak mentah ke paras terendah.

Chevron, yang tahun lalu menolak tawarannya untuk Anadarko ketika Occidental Petroleum Corp memberikan penawaran yang lebih banyak. Selain itu, Chevron dianggap sebagai pengeluar minyak utama yang memiliki sektor kewangan terbaik serta mampu mencapai kesepakatan semasa kemerosotan.

Berdasarkan pembelian ini, ianya didakwa mampu untuk meningkatkan pelaburannya di sebahagian kawasan AS dan menguasai gas asli Noble di Leviathan di Israel, medan gas asli terbesar di timur laut Mediterranean. Tambahan dairpada itu, Chevron akan menjadi pengeluar minyak utama yang memasuki negara ini.

Selain itu,ianya dapat  membantu mempelbagaikan aset Chevron dan Israel dapar menyeimbangkan semula portfolio mereka ke arah gas dan menjadi batu loncatan untuk mengembangkan perniagaan mereka di rantau ini.

Hakikatnya, Chevron telah beralih kepada output gas asli kerana syarikat minyak mendapat tekanan daripada para pelabur untuk mengurangkan kesan pencemaran terhadao alam sekitar. Di samping itu gas dianggap sebagai bahan bakar pembakar yang lebih bersih dan dapat mengurangkan pelepasan gas rumah kaca.

Menurut Menteri Tenaga Israel, Yuval Steinitz, perjanjian tersebut dapat menjadi pemangkin terhadap pasaran tenaga Israel, dan membangunkan serta menjamin eksport gas asli yang berterusan dari Israel.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Chevron, Mike Wirth menyifatkan pembelian itu sebagai kaedah menjana penjimatan kos dan menambah simpanan.

Untuk pengetahuan semua, saham Noble naik sekitar 6% kepada $ 10.23, setelah jatuh lebih dari 60% tahun ini hingga penutupan Jumaat manakala saham Chevron turun 1.5% kepada $ 85.85.

 

Anda mungkin juga berminat