China Akan Membalas Hanya Jika Amerika Menyerang Terlebih Dahulu Dalam Perang Dagang

432

China tidak akan membuat serangan terlebih dahulu dalam perang perdagangan dengan Amerika Syarikat dan tidak akan menjadi yang pertama mengenakan tariff, demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh kementerian kewangan pada Rabu.

Sebelum ini terdapat laporan mengatakan bahawa China akan mengancam untuk mengenakan tariff $34 billion pada awal hari Jumaat waktu Asia. Ini bermakna China mengaktifkan tariff seawal 12 jam sebelum Amerika pada hari Jumaat.

Namun, kementerian telah menjelaskan persoalan tersebut.

“Pendirian kerajaan China telah banyak kali dinyatakan. Kami tidak akan menyerang terlebih dahulu dan tidak akan mengenakan tariff kecuali Amerika berbuat demikian.”

Washington dijangka akan mengaktifkan tariff terhadap $34 billion produk China pada 6 Julai dan Beijing berikrar akan membalas tindakan itu pada hari yang sama.

Sebelum ini, jurucakap Kementerian Luar, Lu Kang berkata China sedia untuk bertindak tetapi tidak menyatakan masa tariff itu akan berkuat kuasa.

“China sudah membuat persiapan,” demikian kata Lu.

Matawang Yuan naik mendadak pada Rabu selepas bank pusat meyakinkan pasaran bahawa ia akan mengawal Yuan supaya stabil. Pelabur khususnya di China bimbang dengan isu perdagangan yang dijangka akan terus berlarutan.

Akhbar rasmi kerajaan China menyatakan bahawa Amerika Syarikat mempunyai niat untuk menghalang China daripada terus membangun dan mencabar peranannya dalam ekonomi global.

AS telah berkuasa dalam aspek ketenteraan dan kewangan sejak berpuluh tahun yang lepas. Sekarang, ia mahu berkuasa dalam ekonomi.”

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat