China Akhirnya Beri Sedikit Petunjuk Mengenai Hubungan Perdagangan Dengan A.S

354

Jurucakap rasmi bagi Kementerian Perdagangan China, Gao Feng setakat ini masih belum memberi komentar apa-apa mengenai rundingan perdagangan dengan pihak Amerika Syarikat walaupun ditengah ketidakpastian yang sedang meningkat tentang pencapaian keputusan perjanjian perdagangan fasa satu.

Walaubagaimanapun menurut beliau, “China percaya jika kedua-dua belah pihak mencapai kata putus dalam perdagangan fasa satu maka kadar tarif akan direndahkan.”

Komentar yang dikeluarkan oleh Gao Feng pada hari ini mengulangi pendirian Beijing yang diutarakan pada beberapa minggu yang lalu memandangkan kedua-dua negara pada awalnya bersetuju untuk menjadikan penurunan tarif sebagai salah satu butiran dalam perjanjian fasa pertama.

Selain itu, Gao Feng turut berkata bahawa pihaknya masih kekal berkomunikasi dan berhubungan rapat dengan Amerika Syarikat dalam perbincangan mengenai perjanjian dagang, namun tidak memberikan kenyataan lebih lanjut mengenainya.

Setakat ini beliau tidak memberikan maklum balas apabila ditanya mengenai pandangan China terhadap tarif tambahan A.S yang akan berkuatkuasa pada 15 Disember.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan susut sebanyak 0.18% pada paras 97.435 setakat jam 11.05 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat