China Alu-alukan Syarikat AS Ke Pasaran Mereka!

346

Menurut Xiao Yaqing, Menteri Perindustrian dan Teknologi Maklumat China, negara itu mengalu-alukan arikat AS untuk mengambil bahagian secara aktif dalam pasarannya dan akan berusaha untuk mewujudkan persekitaran yang adil dan saksama.

Kenyataan tersebut dikemukakan ketika pertemuannya dengan beberapa buah syarikat seperti Qualcomm Inc dan General Motors. Selain itu, eksekutif dari ibu pejabat kedua-dua buah syarikat berkenaan telah menghadiri pertemuan itu, bersama ketua Majlis Perniagaan AS-China.

Di samping itu, menteri China tersebut turut mengulas berkenaan prospek pasaran yang baik dalam bidang seperti teknologi 5G dan kenderaan tenaga baharu.

Untuk pengetahuan semua, mesyuarat itu diadakan ketika ketegangan antara Beijing dan Washington meningkat dalam beberapa minggu kebelakangan ini terutama mengenai isu seperti teknologi yang telah menjerat syarikat China seperti Semiconductor Manufacturing International Corp, pemilik TikTok ByteDance dan Tencent Holdings.

Selain itu, Wall Street Journal (WSJ) melaporkan bahawa para pegawai China telah mengeluarkan amaran berulang kali kepada pegawai pemerintah AS bahawa China dapat menahan rakyat Amerika di China sebagai tindak balas terhadap pendakwaan oleh Jabatan Kehakiman.

Sementara itu, kementerian luar China mendakwa bahawa Amerika Syarikat cuba play victim.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat