China Bakal Bangunkan Landskap Teknologi Sendiri – Penganalisis!

568

Pasaran global kembali panas dan melonjak susulan persidangan antara Presiden Donald Trump dan Presiden Xi Jinping pada minggu lepas berjalan dengan lancar. Walaubagaimanapun, menurut penganalisis, China kini sudah mula menyesuaikan dengan perubahan landskap perniagaan dan hubungan perdagangan terutamanya dalam industri teknologi berkemungkinan sudah tidak sama lagi.

Dalam perjumpaan baru-baru ini, Trump dan Xi telah bersetuju untuk menangguhkan pengenaan tarif baru ke atas barangan import masing-masing. Walaupun tiada perincian tentang perjanjian perdagangan pada masa akan datang, Trump telah mencadangkan bahawa beliau akan mengurangkan sekatan ke atas pengeluaran eksport teknologi AS ke syarikat gergasi teknlogi China, Huawei.

Para peneliti perang dagang dan impak terhadap landskap teknologi mengatakan hubungan perniagaan antara AS dan China akan berubah. Menurut Hans-Paul Burkner, pengerusi the Boston Consulting Group mengatakan bahawa pada ketika ini semua orang menyukai rundingan AS-China diteruskan kembali, namun harus diingat , seseorang harus menjangkakan kemungkinan ketegangan perang dagang mungkin akan berlaku. Perniagaan pula perlu mempelbagaikan rantaian bekalan dan memikirkan semula bagaimana mempelbagaikan portfolio mereka di seluruh dunia agar kurang terdedah dengan perang perdagangan.

Beliau, menjangkakan akan terdapat perubahan signifkan dalam pengeluaran daripada China ke lokasi lain. Juga terdapat kemungkinan walaupun tipis bahawa dunia akan mempunyai dua kuasa besar teknologi iaitu China dan AS.

Berdasarkan kenyataan lepas, Amerika dan China bersetuju untuk mengadakan rundingan semula dan berbincang mengenai isu-isu yang lebih mendalam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat