China Bakal ‘Gigit Jari’ Untuk Dapatkan Taiwan

1,050

Menurut David Roche, presiden dan pakar strategi global, China tidak akan dapat bersatu kembali dengan Taiwan kerana pemerintah pusat di Beijing telah memperketat penguasaannya terhadap Hong Kong. ‘Harga’ yang perlu dibayar oleh negara tersebut untuk menguasai wilayah tersebut adalah Taiwan.

Sebelum ini, China mendakwa Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan menganggap pulau yang diperintah secara demokratik itu sebagai wilayah pelarian. Meskipun Parti Komunis China tidak pernah memerintah pulau itu, tetapi negara tersebut berusaha mendorong Taiwan untuk menerima pemerintahan Beijing di bawah kerangka “satu negara, dua sistem”.

Manakala Hong Kong adalah bekas jajahan Inggeris yang sekarang diperintah oleh China di bawah prinsip “satu negara, dua sistem”, yang memisahkan mereka dari segi ekonomi dan undang-undang serta rakyat wilayah tersebut mempunyai hak pilihan raya yang terhad.

Selain itu, protes pro-demokrasi secara besar-besaran telah melanda Hong Kong tahun lalu. Tindakan tersebut mendorong China untuk melaksanakan undang-undang keselamatan nasional di Hong Kong, yang menimbulkan kebimbangan di kalangan ahli politik dan pihak pembangkang di bandar ini.

Sementara itu, pemimpin dunia seperti Setiausaha Luar Negeri Britain, Dominic Raab, dan Setiausaha Amerika Syarikat,  Mike Pompeo juga telah menentang undang-undang berkenaan.

Berikutan dengan pelaksanaan undang-undang itu, Taiwan didakwa akan lebih jauh dari China. Apa yang berlaku di Hong Kong akan mengakibat China ‘kehilangan’ Taiwan untuk China selama-lamanya.

Walaupun China dilihat menggunakan kekuatan ketenteraan untuk menundukkan Taiwan di bawah pemerintahannya namun, China dijangka tidak akan melakukan tindakan yang lebih buruk kerana ianya akan merisikokan hubungannya dengan Amerika Syarikat.

Seperti yang diketahui umum, hubungan antara  2 buah negara itu  telah merosot dalam beberapa bulan kebelakangan ini, apabila kedua-dua belah pihak saling menunding jari sesame sendiri dalam pelbagai isu termasuk asal-usul coronavirus, autonomi Hong Kong dan kebimbangan keselamatan negara terhadap syarikat teknologi China.

Di samping itu, Taiwan juga didakwa akan menjadi isu perbalahan dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara. Meskipun Washington tidak mempunyai hubungan diplomatik formal dengan Taipei tetapi negara itu terikat dengan undang-undang dari segi pertahanan negara. Jika China mula bertindak ganas, Amerika Syarikat pasti tidak akan berdiam diri.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat