China Bakal Hadapi Gelombang Ke-2 COVID-19?

0 5,116

Hari ini China telah melaporkan sebanyak 78 kes terbaru COVID-19 yang didakwa dibawa dari luar negara . Sehubungan dengan itu, negara berkenaan mula menzahirkan kebimbangan tentang kemungkinan berlakunya gelombang kedua jangkitan wabak merbahaya itu.

Kes terbaru telah disahkan di Wuhan kira-kira hampir seminggu manakala 3 lagi kes dilaporkan di kawasan berbeza dalam negara kuasa besar tersebut. Menurut Suruhanjaya Kesihatan Negara, terdapat 7 kematian telah dicatatkan di Wuhan.

Sementara itu, 74 kes yang dikatakan dibawa dari luar negara itu merupakan rekod tertinggi sejak awal bulan Mac serta telah meningkat hampir 2 kali ganda semalam.

Sejak kebelakangan ini, kes baru yang dilaporkan adalah disebabkan oleh jangkitan yang dibawa dari luar negara.  Beijing merupakan salah sebuah wilayah yang telah mencetuskan kebimbangan apabila kes COVID-19 di sana meningkat secara mendadak meskipun wabak di negara itu kelihatan sudah terkawal.

Untuk pengetahuan semua, wabak pandemik itu dilaporkan telah mengorbankan sebanyak 16,000 nyawa di seluruh dunia manakala jumlah kes yang dibawa masuk ke China meningkat kepada 427.

Oleh itu, kebanyakan kawasan khususnya Bandar-bandar besar telah menguatkuasakan peraturan yang ketat untuk menyekat segala kemasukan ke dalam kawasan mereka.  Begitu juga dengan Beijing yang mengambil inisatif membatalkan segala penerbangan antarabangsa yang membabitkan wilayah berkenaan untuk membendung penularan wabak tersebut.

Kini, media negara China mula mengeluarkan amaran bahawa langkah kuarantin tidak lagi efektif untuk menghalang gelombang kedua COVID-19 bahkan negara kuasa besar itu tidak mampu untuk membendungnya. Sehingga ke hari ini, terdapat lebih 81,000 kes dan angka kematian yang dicatatkan telah mencecah 3,277.

Walau bagaimanapun, segelintir penduduk di Wuhan dan Hubei telah kembali kepada kehidupan normal mereka setelah dikuatkuasakan perintah berkurung pada Januari lalu. Segala sekatan merangkumi perjalanan dan pekerjaan di wilayah itu mula dihentikan secara berperingkat manakala Presiden China, Xi Jinping dikhabarkan telah mengadakan lawatan ke sana pada awal bulan ini.

Di samping itu, penduduk Wuhan telah dianggap sihat dan boleh bergerak di sekitar bandar dengan mengambil pengangkutan awam jika mereka menunjukkan identifikasi, dan juga boleh kembali bekerja jika mereka mempunyai permit daripada majikan.

 

Anda mungkin juga berminat