China Bangunkan Vaksin Covid-19 Semburan Hidung

392

China kini sedang membangunkan sebuah vaksin Covid-19 yang menggunakan proses semburan melalui hidung dan merupakan yang pertama seumpamanya untuk diuji terhadap manusia.

Melalui proses berkenaan, manusia yang menjalani ujian tersebut tidak perlu berdepan sebarang kesakitan daripada suntikan jarum.

Kelmarin, China telah meluluskan ujian peringkat 1 terhadap manusia. Vaksin tersebut dibangunkan bersama oleh para penyelidik dari Universiti Xiamen dan Universiti Hong Kong serta pembuat vaksin, Beijing Wantai Biological Pharmacy Enterprise Co.

Alat semburan melalui hidung sebelum ini dibangunkan sebagai vaksin penyakit selesema dan direkemen digunakan untuk golongan kanak-kanak dan orang dewasa yang enggan menerima suntikan jarum.

Vaksin berkenaan merupakan vaksin ke-10 oleh China yang diluluskan untuk ujian terhadap manusia. China kini dilaporkan sedang mengetuai pembangunan vaksin di peringkat global.

Alat semburan hidung mengandungi virus selesema yang lemah yang membawa segmen genetik spike protein coronavirus. Ia juga meniru jangkitan semula jadi virus pernafasan yang merangsang tindak balas imun badan terhadap patogen yang menyebabkan Covid-19.

Sesetengah saintis berharap vaksin itu akan berpeluang besar untuk menghentikan penyebaran Covid-19 melalui saluran pernafasan.

Suntikan jarum boleh meningkatkan tindak balas imun yang sistematik untuk mencegah penyakit berbahaya tetapi belum cukup kuat untuk mencegah jangkitan.

Menurut laporan akhbar Science and Technology Daily, kajian pra-klinikal menunjukkan vaksin semburan hidung dapat mengurangkan kerosakan paru-paru yang ketara dalam kalangan tikus dan hamster ketika mengalami coronavirus.

Vaksin semburan hidung itu menyertai kira-kira 35 vaksin lain yang sedang diuji terhadap manusia ketika pembangun vaksin sedang berlumba-lumba menjadi yang pertama mengeluarkan vaksin Covid-19 di dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat