China Belum Berhenti: Sektor Syarikat Mula Jadi Sasaran Pihak Berkuasa!

882

Bank Pusat China dalam laporan terkini telah mengumumkan penutupan 11 syarikat yang disyaki terlibat dalam perdagangan aset kripto. Bank Pusat China cawangan Shenzhen mengeluarkan notis tersebut agar 11 syarikat yang terlibat ditutup untuk tujuan siasatan lanjutan.

Laporan tempatan memaklumkan bahawa Bank pusat China cawangan Shenzhen telah menyenaraikan 46 syarikat yang disyaki terlibat dalam perdagangan aset kripto pada akhir bulan Julai. Pasukan petugas khas cawangan Shenzhen ditubuhkan bagi mengenal pasti dan menyemak syarikat yang didapati dalam perdagangan aset kritpo.

Dalam salah satu kenyataan, cawangan Shenzhen memaklumkan bahawa badan petugas khas bermatlamatkan untuk melakukan pemantauan khas aktiviti perdagangan aset kripto yang haram, melakukan pembersihan dan pembaikan yang disyaki menjalankan aktiviti aset kripto.

Bank Pusat China dalam satu persidangan baru-baru ini telah menyebut bahawa ia akan meneruskan tindakan keras terhadap aset kripto pada separuh kedua tahun ini juga.

China memulakan dasar pencegahan kripto yang ketat pada bulan Mei bermula dengan pengharaman perlombongan Bitcoin. Pada masa itu China menyumbang lebih daripada 60%  hash perlombongan Bitcoin sebelum kebanyakkan syarikat memindahkan tempat perlombongan bitcoin.

Bank Pusat China menyatakan alam sekitar sebagai alasan utama disebalik tindakan drastik tersebut. Langkah itu tidak terhenti disitu dengan pihak berkuasa melancarkan langkah susulan kripto terhadap perdagangan aset kripto dan melarang syarikat yang didapati terlibat.

Tindakan keras dari China bukanlah satu perkara baru. Pada tahun 2017, China telah melarang semua bursa kripto di negara tersebut sementara pada 2013 telah melarang penggunaan aset kripto sama sekali.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat