China Berbudi, Beri Sumbangan 250,000 Kit COVID-19 Tetapi Ditolak AS

274

Dalam satu pendedahan terbaru, rupanya pada April lalu Amerika Syarikat (AS) telah meminta Nevada untuk tidak menggunakan alat pengesanan koronavirus yang disumbangkan oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) kerana bimbang bersangkut-paut dengan kecurian maklumat sulit pesakit, ketepatan ujian virus dan kerajaan China.

Rupanya AS dalam diam bergerak aktif memastikan tiada kaitan dengan projek berkaitan firma penjujukan genetik terbesar dunia di China, BGI Group.

Walaupun agensi perisikan AS tidak memiliki bukti jelas mengenai tuduhan tersebut, mereka tetap memberi amaran bahawa kuasa besar asing seperti China berupaya mengeksploitasi sampel untuk mengetahui sejarah perubatan, penyakit atau sifat genetik.

Susulan daripada tuduhan itu, gabenor Nevada, Steve Sisolak memberi arahan kepada hospitalnya untuk tidak menggunakan 250,000 alat pengesanan yang disumbangkan.

Tawaran itu juga melibatkan syarikat Group 42, milik warganegara UAE yang bekerjasama dengan BGI untuk mewujudkan sistem pengesanan pantas di UAE. Sehingga kini G42 dan kerajaan UAE tidak memberi sebarang komen berkenaan usaha tersebut.

BGI menjelaskan dalam sebuah kenyataan e-mel, sumbangan G42 kepada Nevada tidak diketahui BGI dan mengaku firmanya tiada kaitan dengan negara tersebut. Manakala, ujian COVID-19 hasil usaha BGI telah mendapat kelulusan dari U.S. Food and Drug Administration (USFDA) bagi kegunaan kecemasan dan beberapa makmal di AS.

Mengenai dakwaan AS ke atas BGI disangkal firma itu, “BGI Group menitikberatkan kesemua aspek perlindungan data pesakit, privasi dan etika, serta memberi komitmen untuk mematuhi sepenuhnya peraturan yang dikenakan di mana-mana negara kami beroperasi.”

Walau bagaimanapun, AS telah mengundur diri untuk tidak menggunakan mana-mana perkhidmatan BGI untuk mengelakkan sebarang ancaman.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat