China Berharap Washington Membatalkan Cadangan Kenaikan Tarif

179

Pada dagangan Khamis semalam, Amerika Syarikat dan China memberikan isyarat bahawa dua kuasa ekonomi terbesar dunia itu akan berbincang untuk mengadakan pertemuan secara bersemuka pada September ini walaupun sentimen rundingan dijejaskan oleh tambahan tarif terbaru sesama negara itu baru-baru ini.

Pusingan terbaru untuk tarif Amerika Syarikat terhadap sesetengah barangan import China dijadualkan berkuatkuasa pada Ahad, akan memberikan reaksi kurang menyenangkan dalam pasaran.

Presiden AS Donald Trump menyatakan bahawa perbincangan diadakan pada Khamis dengan beberapa lagi rundingan dirancang untuk dilaksanakan. Kementerian Perdagangan China turut memaklumkan rundingan pusingan terbaru pada September ini sedang dibincang oleh kedua-dua pihak, namun mengatakan adalah penting untuk Washington membatalkan semula kenaikan tarif.

Trump yakin mengatakan bahawa beliau percaya China mahukan perjanjian disebabkan berjuta posisi pekerjaan menjadi taruhan China ekoran faktor kenaikan tarif dari Amerika.

Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Gao Feng dalam wawancara di Beijing menyatakan harapan untuk Amerika Syarikat membatalkan rancangan kenaikan tarif bagi mengelakkan ketegangan perang dagang daripada terus berlarutan.

Beliau menambah, adalah sangat penting untuk mewujudkan suatu situasi yang bersesuaian untuk kedua-dua pihak meneruskan semula rundingan.

Selama dua tahun, pentadbiran Trump telah mendesak China untuk mengubah polisi ke atas perlindungan harta intelek, paksaan pemindahan teknologi ke syarikat China, subsidi perindustrian dan akses pasaran.

China juga berterusan menafikan tuduhan Washington yang mengatakan China mengamalkan perdagangan yang tidak adil. Tinjauan terhadap syarikat Amerika yang menjalankan perniagaan di China didapati menghasilkan keuntungan yang lumayan dan 81% mendakwa ketegangan perang dagang telah menjejaskan operasi perniagaan mereka.

Pelabur menjangkakan amat sukar untuk Presiden Trump mengambil langkah untuk membatalkan tarif. Perkembangan rundingan dagang AS-China ini akan terus dipantau dari masa ke masa berikutan sebarang perubahan terhadap laporan perkembangan akan memberi impak ketara dalam pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat