China Beri Sedikit Petunjuk Mengenai Perkembangan Penandatangan Perjanjian Fasa 1!

218

China dan Amerika Syarikat (A.S) telah berjaya mencapai kesepakatan dalam perjanjian perdagangan pada hari Sabtu lepas selepas dua setengah tahun rundingan di antara Washington dan Beijing. Walaubagaimanapun, kesepakatan tersebut tidak memberi rincian yang lebih lanjut sebagaimana yang diharapkan pasaran.

Pada hari ini, pihak pentadbiran China telah mengeluarkan kenyataan lebih lanjut susulan daripada kesepakatan yang telah dicapai. Menurut Kementerian Perdagangan China, China dan A.S kini sedang berhubung mengenai penandatanganan perjanjian perdagangan Fasa 1, dimana tarif A.S akan dikenakan lebih rendah ke atas barangan China dan pihak China akan meningkat pembelian yang lebih banyak ke atas produk pertanian, tenaga dan barangan pembuatan A.S.

Menurut Gao Feng, jurucakap kementerian perdagangan China, kedua-dua pihak pentadbiran perdagangan sedang berkomunikasi secara rapat namun belum ada maklumat khusus mengenani perjanjian akan didedahkan pada masa ini.

“Selepas menandatangani perjanjian rasmi, kandungan perjanjian itu akan diumumkan kepada umum,” kata Gao Feng.

Pegawai A.S melaporkan bahawa China telah bersetuju meningkatkan pembelian produk dan perkhidmatan A.S dengan sekurang-kurangnya bernilai $ 200 bilion dalam tempoh dua tahun akan datang. Pembelian tersebut termasuk pembelian tambahan produk ladang A.S $ 32 billion selama dua tahun. Hal tersebut akan menjana purata tahunan kira-kira $ 40 bilion, berbanding asas $ 24 bilion pada tahun 2017 sebelum perang perdagangan bermula.

Pada awal hari Khamis, China telah mengeluarkan senarai baru pengecualian tarif untuk barangan import A.S yang kebanyakkan terdiri daripada barangan kimia. China berkata bahagian kedua senarai pengecualian itu akan dikeluarkan pada masa yang sesuai.

Kedua-dua negara telah mencapai persetujuan mengenai perlindungan hak harta intelek bagi produk farmasi dan mengharamkan barangan tiruan berdasarkan kenyataan Naib Menteri Perdagangan China Wang Shouwen.

Tambah Wang, China akan meningkatkan perlindungan harta intelek dari semasa ke semasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat