China Buat Hal Lagi, Industri Perlombongan Kripto Tidak Boleh Cari Makan!

3,252

Perancang ekonomi China sedang menyusun strategi untuk menghapuskan aktiviti perlombongan kripto di negara China secara total. Tindakan ini hadir selepas beberapa bulan kerajaan mengenakan tindakan keras untuk mengharamkan aktiviti dimana tindakan lebih menumpukan pada peringkat syarikat.

Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Kebangsaan (NDRC) pada hari Khamis memaklumkan bahawa aktiviti perlombongan Bitcoin dan kripto dalam sektor industri disenarai hitam kerana bagi mencapai matlamat negara yang bebas karbon pada 2060.

Ini merupakan penilaian semula yang dibuat oleh NDRCIN dalam mengkaji semula katalog panduan pelarasan struktur perindustrian terkini negara China. Aktiviti lain yang berada dalam bahagian senarai hitam perindustrian China ialah termasuk pembuatan peralatan makan yang diperbuat daripada plastik dan serta perlombongan arang batu di rizab alam semula jadi.

Tindakan NDRC menandakan pembasmian habis-habisan aktiviti perlombongan kripto di China selepas kempen selama berbulan-bulan lamanya sehingga menyebabkan banyak syarikat perlombongan memindahkan perniagaan mereka di negara lain seperti di Amerika Utara dan Asia Tengah.

Agensi ini sebenarnya telah mengumumkan tindakan terhadap aktiviti perlombongan kripto sejak bulan September susulan Bank Rakyat China mengumumkan tindakan keras terhadap perdagangan dan pembiayaan kripto dengan memberi amaran terhadap bursa pertukaran kripto yang terlibat dalam aktiviti salah laku.

Para penganalisis menjangkakan tindakan keras seterusnya adalah melibatkan sistem kewangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat