China Buat Hal Lagi, Tindakan Terbaru China Terhadap Kripto Buatkan Komuniti Khuatir!

1,457

Seperti yang disaksikan sejak akhir-akhir ini, China semakin aktif dalam percubaan menggugat pasaran kripto dengan langkah-langkah yang tegas. Pada hari ini, dilaporkan bahawa Bank Pusat China (BOC) bertindak menutup sebuah syarikat perisian yang berpusat di Beijing berikutan disyaki terlibat dalam aktiviti perdagangan kripto. Syarikat tersebut didapati melibatkan diri dalam industri hiburan terkait kripto dan memiliki kripto sendiri yang dikenali sebagai Mao Li Coin.

Segala perkakas syarikat Beijing Qudao Cultural Development Co Ltd dirampas dan laman sesawang mereka juga diturunkan. Perintah tersebut dikeluarkan oleh pentadbiran penyeliaan kewangan Beijing Bank Rakyat China. Bank Pusat menyatakan,

‘Pihak mereka memutuskan untuk membatalkan kebenaran beroperasi terhadap syarikat Beijing yang menyediakan perkhidmatan perisian untuk urus niaga matawang kripto dengan mengeluarkan arahan semua barangan pemilikan disita dan laman seswang harus diturunkan. Dalam masa yang sama menegaskan bahawa tidak ada mana-mana institusi atau syarikat yang boleh menyediakan perkhidmatan untuk transaksi kripto’.

Perintah dari bank pusat memperingatkan institusi dan syarikat agar tidak menawarkan apa-apa jenis perkhidmatan termasuk menyediakan ruang pejabat atau bantuan infrastruktur untuk perniagaan kripto.

China menjadi negara yang kerap menjadi sebutan dalam komuniti kripto kerana tindakan agresif yang dilakukan. Negara yang paling ramai penduduk di dunia kerap mengeluarkan amaran mengenai kripto dan melarang sebarang bentuk perniagaan kripto dari semasa ke semasa. Tahun ini larangan tersebut tertumpu pada aktiviti perlombongan Bitcoin. Kesannya, kekuatan rangkaian perlombongan BTC telah turun sebanyak 50%.

Ramai dalam kalangan penganalisis berpendapat bahawa alasan larangan sejak akhir-akhir ini adalah berikutan ingin memberi laluan terhadap pelancaran CBDC Digital Yuan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat