China Catat 4 Kes Jangkitan Terbaru COVID-19 Dalam Tempoh 24 Jam!

360

Sebelum ini, dunia telah digemparkan dengan khabar bahawa China telah pun pulih sepenuhnya daripada wabak pandemik COVID-19. Namun begitu, kebanyakan negara menimbulkan kesangsian mereka terhadap negara tersebut bahkan mendakwa bahawa China sengaja menyembunyikan data sebenar kes coronavirus. Tambahan daripada itu, terdapat juga desas-desus yang mengatakan bahawa wabak tersebut berpunca daripada sebuah makmal di Wuhan lalu telah disebarkan di pasar basah wilayah tersebut.

Namun, adakah benar bahawa China ‘menipu’ dan sengaja membiarkan wabak berbahaya itu terus merebak di seluruh dunia?

Terbaru, negara kuasa besar tersebut telah mengumumkan bahawa terdapat 4 kes jangkitan terbaru yang dikesan dalam tempoh 24 jam! Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC), jangkitan tersebut didapati di wilayah Jilin yang terletak di timur laut negara berkenaan. Lebih membimbangkan Jilin merupakan wilayah yang berdekatan dengan Korea Utara dan Russia.

Selain itu, kluster terbaru jangkitan tersebut turut memberi gambaran bahawa China bakal berhadapan dengan gelombang kedua wabak COVD-19. Sebelum ini, negara berkenaan menyatakan bahawa kes jangkitan terbaru yang dilaporkan adalah melibatkan kes import serta terdapat 11 kes tanpa simptom yang tidak dikira sebagai kes baru.

Sejak penularan wabak coronavirus pada akhir tahun lalu, China telah mencatatkan sebanyak 82,929 kes dengan angka kematian sebanyak 4,633 manakala 78,195 pesakit didapati sembuh.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat