China Dan Amerika Syarikat Ancam Perairan Malaysia, Tindakan Provokasi?

4,348

Di kala seluruh dunia sedang sibuk memerangi wabak coronavirus, 2 buah negara kuasa besar ini seolah-olah mengambil kesempatan di sebalik kesempitan yang dialami oleh negara lain. Adakah China dan Amerika Syarikat telah berpakat untuk melakukan kegiatan ini?

Pada 17 April lalu, sebuah kapal Hidrogarfi kepunyaan China, Haiyang Dizhi 8 dilaporkan telah mengganggu aktiviti penggalian minyak dan gas yang dijalankan oleh kapal Eksplorasi dan Penggalian West Capella sewaan Petronas. Tambahan daripada itu, ianya turut menerima ancaman oleh kira-kira 10 buah kapal peronda Pengawal Pantai China (CCG) 5901.

Sementara itu, pada 20 April sebuah Kapal  Kapal Penyerang Amfibia (LHA) milik Tentera Laut Amerika Syarikat (USN), USS America dilaporkan berada dalam kedudukan 100 batu nautika dengan kelajuan penuh dari Kapal Ekplorasi dan Pengalian milik Petronas, West Capella. Sebelum ini, kapal tersebut didapati berada di Laut China Selatan bagi menjalani latihan bersama pasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun (JMSDF).

Untuk pengatahuan semua, Laman Armada Pasifik Ketujuh, Amerika Syarikat telah membuat pengesahan bahawa operasi Expeditionary Strike Group ini diketuai oleh Kapal Penyerang Amfibia USS America (LHA 6) serta diiringi oleh kapal guided-missile cruiser’ USS Bunker Hill (CG52) dan guided-missile destroyer’ USS Barry-DDG 52.

Bukan itu sahaja! Menurut sebuah laporan, Kapal Frigat Australia, Kelas Anzac, HMAS Parramatta turut berada di Laut China Selatan. Oleh yang demikian, aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah diarahkan untuk berada di sekitar West Capella serta melaksanakan pemantaun di perairan negara.

Hakikatnya, kapal West Capella sudah pun berada di medan minyak baharu itu sejak bulan Oktober tahun lalu, namun kini jelaslah bahawa China telah meningkatkan aktiviti pencerobohan tersebut dengan kemasukan kapal peninjau dasar laut Haiyang Dizhi 8 yang diiringi lebih 10 buah kapal tentera dan pengawal pantai.

Selain itu, kapal China yang sama juga melakukan aktiviti provokatif di perairan Vietnam sebelum itu apabila Vietnam menuduh China sengaja menenggelamkan kapal mereka hingga mengorbankan 8 nyawa warganegara berkenaan. Akibat daripada itu, kedua-dua buah negara telah berhadapan dengan konflik.

Tindakan kedua-dua buah negara ini dilihat seperti mencabar Undang-undang Laut (UNCLOS) yang telah dikuatkuasakan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hanya dengan kekuatan ketenteraan yang dimiliki. Persoalannya, apakah tindakan susulan yang akan diambil oleh Malaysia terhadap mereka?

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat