China Dan Eropah Akan Mengadakan Perjumpaan Bagi Menangani Isu Tarif Trump

172

Pada hari ini, kesatuan Eropah akan mengadakan perjumpaan tahunan dengan China, dan akan membincangkan isu tentang perikatan kerana China cuba berunding dengan Eropah bagi menangkis pengenaan tarif US.

Premier Li Keqiang akan menjadi tuan rumah kepada Presiden Majlis Eropah Donald Tusk dan Presiden Suruhanjaya Eropah Jean-Claude Juncker di Beijing dimana kedua-dua pihak akan meneruskan perbincangan perjanjian pelaburan jangka panjang.

Pertemuan itu dijangka menghasilkan pernyataan rasmi yang sederhana bagi mengesahkan komitmen kedua-dua pihak dalam sistem perdagangan pelbagai hala. Pada mesyuarat pada tahun lalu dan 2016, para pemimpin telah gagal

Para pemimpin gagal mencari konsensus yang cukup untuk kenyataan bersama itu selepas mesyuarat pada tahun 2016 dan 2017.

Pertemuan pada kali ini nampaknya lebih merumitkan dengan hubungan perdagangan antara US-China yang belum mencapai kesepakatan.

Presiden U.S., Donald Trump, telah memberi amaran bahawa beliau akan mengenakan tarif ke atas barangan bernilai lebih $ 500 bilion ke atas China.

China pula telah bersumpah akan bertindak balas terhadap tindakan yang dikenakan oleh US. Dalam masa yang sama, Eropah juga telah menzahirkan tindakan menentang dasar perdagangan Amerika tersebut.

Duta China ke Kesatuan Eropah, Zhang Ming, dalam satu komentar dalam akhbar mengatakan bahawa tumpuan utama mesyuarat tersebut adalah tentang bagaimana hubungan China-EU
dapat menjadi indikasi kestabilan perdagangan di tengah-tengah pengamalan dasar perlindungan perdagangan seperti yang diamalkan oleh US.

Menurut pegawai Eropah, tindakan Trump yang turut mensasarkan tarif ke atas Eropah akan memberi ruang bahawa hubungan EU-China boleh menjadi benteng untuk perdagangan global.

Selain itu, China dan EU juga dijangka akan membentuk kumpulan kerja sebagai pembaharuan WTO.

Jurucakap Suruhanjaya Eropah Margaritis Schinas pada Jumaat berkata perbincangan dengan China akan memberi tumpuan pada perdagangan dan pelaburan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat