China Dan Kesatuan Eropah Bersatu – Ini Prinsip Mereka Terhadap Tindakan US

744

China dan Kesatuan Eropah bertegas untuk menentang perlindungan perdagangan sebagai bentuk penegasan terhadap tindakan U.S. Selain itu, mereka juga berpendapat bahawa tindakan perdagangan yang bersifat unilateral mampu mendatangkan risiko dan mampu mendorong dunia kearah kemelesetan.

Naib Perdana Menteri Liu He – penasihat ekonomi Presiden Xi Jinping – berkata China dan EU telah bersetuju untuk mempertahankan sistem perdagangan pelbagai hala, berikutan perbincangan hari ini di Beijing. Berdasarkan komen-komen yang dibuat pada taklimat pers dengan Naib Presiden Suruhanjaya Eropah Jyrki Katainen, menghasilkan kesimpulan bahawa kedua-dua pihak bersiap menghadapi menghadapi ancaman tarif Presiden Donald Trump.

“Unilateralisma semakin meningkat dan ketegangan perdagangan muncul dalam ekonomi utama,” kata Liu.

China dan EU tegas menentang perdagangan yang bersifat unilateralisma dan perlindungan setempat kerana menurut mereka tindakan ini mungkin membawa kemelesetan dan pergolakan kepada ekonomi global.

Pada ketika ini, kedua-dua China dan EU berada di bawah tekanan dari Trump, ketika presiden A.S. berusaha memperbaharui sistem perdagangan global yang dilihatnya sebagai berat sebelah terhadap ekonomi terbesar dunia.

Selepas berbulan-bulan perdebatan retorik dan ancaman, perang perdagangan seolah-olah menjadi tumpuan utama dengan Eropah mengenakan tarif pada $ 3.3 bilion produk US pada hari Jumaat sebagai tindak balas terhadap halangan U.S. terhadap import aluminium dan keluli. Hal itu mencetuskan ancaman tarif lanjut ke atas kereta Eropah oleh Trump.

Kebimbangan terhadap ini telah menyebabkan matawang yuan jatuh ke paras terendah 6 bulan pada hari Isnin. Indeks S & P 500 jatuh ke tahap terendah sejak Mei dan Dow Jones Industrial Average jatuh untuk kesembilan kali dalam 10 sesi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat