China Desak Amerika Syarikat Supaya Berhenti Campur Tangan Di Hong Kong!

302

Ketegangan politik terbaru antara Amerika Syarikat (AS) dan China muncul selepas Senat AS sebulat suara meluluskan rang undang-undang yang bertujuan melindungi hak asasi manusia di Hong Kong yang sedang mengalami pergolakan.

Dengan kelulusan Akta Hak Asasi Manusia dan Demokrasi Hong Kong, ia telah memberikan satu cabaran baru kepada kerajaan di China memandangkan mereka masih berusaha untuk menamatkan perang perdagangan dengan AS.

Susulan daripada itu, Kementerian Luar Negeri China telah memanggil William Klein, penasihat menteri kedutaan AS dengan membuat kenyataan tegas bahawa keadaan di Hong Kong adalah sebahagian daripada hal ehwal dalaman China, maka AS perlu menghentikan campurtangannya.

China juga turut memberi amaran akan mengenakan tindak balas kepada AS, jika ia diluluskan menjadi undang-undang.

Selain itu, kerajaan Hong Kong turut menyatakan kekesalannya atas kelulusan rang undang-undang tersebut dengan mengatakan bahawa ia adalah tidak perlu dan tidak wajar serta memberitahu tindakan ini akan membahayakan hubungan dan kepentingan bersama antara Hong Kong dan AS.

Sementara itu, Naib Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence dalam kenyataannya semalam memberitahu bahawa, ia akan menjadi sukar untuk AS menandatangani perjanjian dengan China jika demonstrasi di Hong Kong dipenuhi dengan keganasan.

Rang undang-undang tersebut seterusnya akan dihantar kepada Dewan Perwakilan, yang meluluskan undang-undang yang sama pada bulan lalu, tetapi terdapat sedikit perbezaan. Kedua-dua pihak perlu menyelesaikan perbezaan tersebut sebelum diserahkan kepada Presiden AS Donald Trump untuk pertimbangannya.

Sementara itu, White House dilaporkan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berkaitan isu ini sama ada Trump akan meluluskannya atau tidak. Bagaimanapun, menurut pegawai AS baru-baru ini yang mengatakan undian sebulat suara daripada Senat boleh membawa situasi yang sukar buat Trump.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat