China Enggan Tunai Permintaan Trump, Tawar Pengecualian Tarif Baru

251

China dilaporkan akan melaksanakan beberapa pengecualian tarif ke atas pembelian beberapa produk kacang soya dan daging khinzir daripada Amerika Syarikat, tetapi tidak ditentukan mengenai berapa jumlah yang terlibat dalam perkara itu.

Kementerian Kewangan China memberitahu bahawa firma-firma negara itu telah membeli sejumlah barangan daripada Amerika Syarikat berdasarkan keperluan negara dan kementerian sedang berusaha untuk mengecualikan tarif ke atas barangan tersebut.

China telah mengenakan tarif sebanyak 25% ke atas import kacang soya dan daging khinzir Amerika Syarikat pada Julai 2018 sebagai tindak balas terhadap tarif yang dikenakan oleh Donald Trump atas tuduhan terhadap China telah mencuri dan memaksa pemindahan harta intelek daripada syarikat AS.

Terdahulu, China dan Amerika Syarikat dilaporkan tidak bersetuju dengan saiz pembelian produk pertanian AS, di mana Presiden Donald Trump telah meminta China untuk membeli $40 bilion hingga $50 bilion barangan petanian setahun, iaitu jauh lebih tinggi daripada $8.6 bilion yang dibeli pada tahun lalu.

Pentadbiran Trump juga menuntut agar China mengumumkan secara umum mengenai rancangan pembeliannya dan mengatakan mereka tidak akan bergantung kepada keadaan pasaran atau obligasi perdagangan China.

Melalui pengecualian ini, China dilihat masih enggan menunaikan permintaan daripada Trump untuk pembelian bernilai sehingga $50 bilion itu dengan menawarkan sesuatu yang lebih menarik untuk Amerika Syarikat dengan harapan tarif sedia ada yang dikenakan ke atasnya akan dihapuskan.

Perunding daripada kedua-dua negara itu telah memberi isyarat bahawa mereka semakin hampir untuk mencapai perjanjian fasa pertama.

Bagaimanapun, kenyataan Trump bahawa beliau tidak keberatan jika perjanjian tersebut mengambil masa sehingga selepas pilihan raya AS pada tahun 2020 dan ancaman kenaikan tarif akan diteruskan jika rundingan itu gagal menghasilkan perjanjian yang disukainya, telah menimbulkan ketidakpastian dalam pasaran.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat