China Gagal Pulihkan Permintaan, Industri Kilang Asia Semakin Kritikal

369

Industri perkilangan di Asia mengalami krisis teruk pada bulan Mei kerana penyusutan dagangan dunia yang berpunca daripada pandemik Covid19, dengan aktiviti eksport dari Jepun dan Korea Selatan menerima tempias ketara terutama dalam aktiviti perniagaan melebihi tempoh sedekad.

Menerusi satu kajian selidik ke atas sektor pembuatan menunjukkan aktiviti industri kilang China yang kembali meningkat pada Mei, tidak mustahil untuk merosot semula walaupun tinjauan PMI China turut mencatatkan pemulihan.

Pada bulan lalu, indeks PMI pembuatan di China telah mencatatkan bacaan 50.7 mata menjadikan catatan tertinggi sejak Januari susulan daripada perintah kawalan pergerakan yang dimansuhkan sekaligus membenarkan banyak syarikat kembali beroperasi.

Manakala kajian selidik yang dijalankan ke atas sektor swasta menunjukkan aktiviti kilang industri Jepun susut mendadak sejak 2009 pada Mei. Manakala di Korea Selatan, sektor pembuatan susut dengan ketara melebihi sedekad.

Capital Economics menyifatkan keadaan sektor pembuatan di ambang kemelesetan yang hebat. Perkara ini berlaku apabila industri dibuka semula setelah perintah pergerakan dimansuhkan. Namun, pengeluaran masih rendah jauh di bawah tahap normal selama beberapa bulan untuk tempoh akan datang susulan daripada permintaan global dan domestik yang juga rendah.

Sektor pembuatan di Taiwan juga jatuh bagi bulan Mei. Vietnam, Malaysia dan Filipina menyaksikan PMI melonjak naik dari April walaupun indeks kekal di paras 50 di mana memisahkan antara penguncupan dari pengembangan. Kesempitan ekonomi Asia menjadi perhatian dunia termasuk Eropah, dengan ekonomi negara itu masih mengalami penyusutan ketara terutama sektor kilang dan perkhidmatan.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah memberi amaran pada bulan lalu bahawa pemulihan ekonomi secara keseluruhan mengambil masa yang lama daripada apa yang dijangka, penurunan kepada unjuran semasa bagi penguncupan 3% pada tahun ini.

Tidak cukup dengan itu, ketegangan antara A.S-China yang melibatkan isu Hong Kong serta kelemahan Beijing dalam membendung penularan Covid19, memburukkan lagi ekonomi global.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat