China Gesa Amerika Syarikat Batalkan Pengenaan Tarif Baru!

418

Pada hari Khamis, jurubicara menteri Perdagangan China, Gao Fen telah mengeluarkan kenyataan bahawa China memberi penekanan bahawa Amerika Syarikat mestilah menghapuskan pengenaan tarif baru jika kedua-dua buah negara ingin mencapai perjanjian perdagangan akhir yang lebih menyeluruh.

Kata Gao dan sidang media pada hari ini, “Pegangan, prinsip dan matlamat untuk rundingan perdagangan AS-China tidak pernah berubah”.

Tamabah Gao, matlamat utama kedua-dua belah pihak ialah untuk menamatkan perang dagang dan menghapuskan tarif tambahan. Menurut beliau, perkara ini baik untuk China, Amerika Syarikat dan juga untuk dunia.

Hubungan perdagangan kedua-dua negara tersebut telah berada dalam keadaan tegang selama lebih daripada 1 tahun dan kedua-dua buah negara saling mengenakan tarif tambahan berjumlah berbillion dolar.

Berdasarkan perbincangan perdagangan pada minggu lepas di Washington, A.S telah mengambil keputusan untuk menangguhkan pengenaan tarif tambahan yang dijadualkan berkuatkuasa pada minggu ini.

Dalam masa yang sama, berdasarkan kenyataan Trrump, China telah bersetuju dengan permintaan A.S dalam perjanjian separa. Menurut Trump, perjanjian tersebut akan mensasarkan hak intelektual dan perkhidmatan kewangan termasuk dengan pembelian produk pertanian A.S berjumlah $40 billion-$50 billion.

Walaubagaimanapun, Gao tidak memberi pengesahan mengenai jumlah nilai tersebut tetapi syarikat China akan meningkatkan pembelian produk pertanian A.S. Selain itu Gao juga tidak mengesahkan bilakah perjanjian fasa satu akan ditandatangani mahupun jadual pertemuan pemimpin kedua-dua buah negara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat