China Guna ‘YUAN’ Untuk Lawan Serangan Dagang Oleh Amerika

830

Bank pusat China atau lebih dikenali sebagai People’s Bank of China (PBOC) telah meningkatkan rangsangan terhadap ekonomi China walaupun majoriti bank pusat yang lain sedang dalam fasa mengetatkan dasar monetari.

Rangsangan terbaru oleh PBOC dilihat sebagai satu bentuk pelonggaran kuantitatif (QE) di mana bank pusat menambah bekalan wang ke dalam ekonomi untuk tujuan merancakkan pertumbuhan dan menaikkan inflasi.

Laporan pada Khamis menunjukkan PBOC telah mengeluarkan arahan untuk bank komersial di China meningkatkan pinjaman kepada syarikat-syarikat tetapi lebih kepada syarikat yang sedang berhadapan dengan kesukaran.

Ini agak jarang dilakukan oleh PBOC dalam dasar monetari khususnya dalam pelonggaran kuantitatif (Quantitative Easing). Biasanya PBOC akan membeli bon secara langsung dari pasaran.

Melemahkan Yuan Sebagai Senjata Perang Perdagangan?

Ada beberapa pandangan mengatakan, campur tangan (intervention) bank pusat adalah disebabkan arahan kerajaan untuk melemahkan Yuan. Hal ini kerana, QE akan menolak kadar faedah menjadi lebih rendah dan cenderung menyebabkan nilai matawang merosot.

Kelemahan Yuan secara dasarnya akan menjadikan harga barangan dari China menjadi lebih murah. Selepas daripada beberapa siri ancaman tariff (cukai-import) oleh Amerika Syarikat, tindakan melemahkan Yuan dilihat sebagai antara senjata melawan tariff itu.

Disebabkan Amerika Syarikat secara relatifnya lebih banyak mengimport barangan dari China, Amerika dilihat akan menang jika China cuba membalas tariff tersebut. Oleh itu, tindakan melemahkan Yuan dilihat sebagai alternatif kepada tariff terhadap produk import dari Amerika Syarikat.

Untuk pengetahuan anda, Yuan adalah matawang yang tidak diapungkan – Maksudnya, Yuan tidak dibiarkan naik-turun mengikut permintaan dan penawaran pasaran. China menetapkan nilai Yuan setiap hari sebelum sesi dagangan bermula, di mana ia tidak dibenarkan berubah lebih daripada 2%.

“China mungkin menggunakan Yuan yang lemah sebagai senjata dalam perang perdagangan dengan Amerika,” demikian kata Paul Gambles pengasas bersama MBMG Investmen Advisory.

Perkembangan terkini dalam perang perdagangan adalah tindakan Amerika mengenakan tariff terhadap $34 billion produk import dari China. Dalam masa yang sama mengancam tambahan tariff terhadap $200 billion produk China jika negara itu cuba membalas.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat