China Gunakan Wabak Pandemik COVID-19 Untuk Menceroboh Laut China Selatan?

529

Ketika seluruh dunia sedang berjuang untuk memerangi wabak merbahaya COVID-19, China didakwa seolah-olah mengambil kesempatan dengan mempergiatkan aktiviti pencerobohan di Laut China Selatan. Menurut sebuah laporan, aktiviti tersebut bakal mengundang malapetaka yang lebih besar iaitu merosakkan hubungan antara 2 buah negara iaitu China dan Amerika Syarikat.

Konflik berterusan yang didakwa sengaja dicetuskan oleh negara kuasa besar itu terhadap beberapa buah negara di Asia Tenggara melalui perairan penting tersebut. Namun, ianya seolah-olah berjaya dikaburi dengan tindakan Beijing yang menghulurkan bantuan kepada beberapa buah negara yang terjejas akibat coronavirus memandangkan negara tersebut dipercayai telah bebas daripada penyakit berjangkit itu.

Sebelum ini, sebuah bot nelayan yang tenggelam di lautan itu pada awal bulan ini dikaitkan dengan sebuah kapal pengawasan milik China, menunjukkan bahawa negara tersebut sedang menguasai keseluruhan laluan air. Bukan itu sahaja, sebuah kapal terbang tentera udara milik negara tersebut turut didapati terbang di sekitar Taiwan.

Berdasarkan sebuah kenyataan, negara kuasa besar tersebut didakwa menghantar mesej melalui perbuatannya itu serta mendedahkan bahawa mereka tidak akan mundur walau apa pun yang terjadi dan memperlihatkan kepada dunia tentang kuasa besar yang dimiliki oleh mereka.

Selain itu, terdapat juga desas-desus yang mengatakan bahawa China sengaja mengabaikan amaran awal berkenaan wabak coronavirus dan membiarkannya tersebar di seluruh dunia. Oleh itu, mereka dapat mempertahan haknya terhadap perairan tersebut ketika negara lain khususnya Amerika Syarikat sedang sibuk menangani wabak merbahaya itu.

Untuk pengetahuan semua, isu Laut China Selatan ini telah menjadi titik perdebatan antara 2 buah negara iaitu China dan Amerika Syarikat yang ingin meluaskan pengaruh geopolitik mereka di seluruh Asia Pasifik.

Persoalannya, adakah China sengaja mencipta virus merbahaya ini bagi mengaburi mata dunia berkenaan kegiatan pencerobohan yang dilakukan? Adakah Amerika Syarikat atau negara Asia Tenggara yang lain hanya akan berdiam diri?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat