China Import Minyak Dari Iran Sampai 2 Juta Tong Untuk Simpanan

496

‘Borong untuk simpan banyak-banyak tu.’

China dipercayai membeli lagi minyak mentah sebanyak 2 juta tong dari Iran, yang dipercayai akan dirizabkan negara tersebut.

Menurut sumber dari Vortexa Analytics dan kumpulan advokasi Amerika Syarikat (AS) iaitu United Against Nuclear Iran, National Iranian Tanker Corp (NITC) dilaporkan sedang menghantar sejumlah 260,000 kargo minyak mentah ke pelabuhan Zhanjiang.

Selain itu, Vortexa turut menyatakan bahawa muatan kargo tersebut dipercayai akan dirizabkan.

Konkulasi tersebut dicapai berdasarkan sejarah perjalanan kapal NITC sebelum ini yang membawa import minyak Iran ke China hanya untuk dirizabkan.

Malahan, kargo yang dibawa oleh kapal yang dikenali sebagai Dorena tersebut merupakan penghantaran ke-4 seumpamanya yang ditetapkan untuk rizab negara sejak Disember lalu.

Pihak NITC setakat ini gagal dihubungi untuk sebarang kenyataan lanjut.

Namun, kesahihan mengenai perkara tersebut hanya akan diketahui pada bulan hadapan apabila kastam China mengeluarkan data import komoditi terperinci bagi bulan Jun.

Dalam pada itu, China dilihat masih rancak membeli minyak dari Iran walaupun AS berkeras mengharamkan eskport minyak dari negara timur tengah tersebut.

Tidak dilupakan juga bahawa China sangat aktif mengimport minyak dari Rusia, di mana baru-baru ini negara pimpinan  Xi Jinping ligat membeli komoditi tersebut pada harga diskaun.

Sebagai pengetahuan, volum pembelian minyak Iran oleh China membentuk 7% daripada jumlah import minyak mentah negara tersebut selain turut membeli dari Malaysia, Oman, Iraq dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat