China Keluarkan Amaran Kemarau Pertama Negara, Apa Kesannya Pada Ekonomi?

462

China telah mengeluarkan amaran kemarau kebangsaan pertamanya tahun ini apabila suhu panas yang melampau telah menganggu pertumbuhan tanaman dan mengancam ternakan.

‘Amaran kuning’ kebangsaan, yang dikeluarkan pada Khamis dibuat selepas wilayah dari Sichuan di barat daya ke Shanghai di delta Yangtze mengalami minggu yang sangat panas. Ia adalah kurang dua tahap daripada amaran paling serius pada skala Beijing.

Berikut merupakan situasi yang dialami di beberapa wilayah China pada ketika ini:

  • Salah satu lembangan banjir utama Yangtze di wilayah Jiangxi, Tasik Poyang kini telah mengecil kepada satu perempat daripada saiz normalnya pada tahun ini.
  • Sebanyak 66 sungai merentasi 34 daerah di wilayah barat daya Chongqing terus mengering, di mana taburan hujan pada tahun ini turun 60% berbanding norma bermusim dengan suhu di daerah Beibei mencecah 45 darjah Celcius.
  • Infrastruktur dan perkhidmatan kecemasan di Chongqing mengalami tekanan semakin meningkat, dengan anggota bomba berjaga-jaga apabila kebakaran gunung dan hutang meletus di seluruh wilayah itu.
  • Utiliti gas di daerah Fuling akan ditutup sebagai persediaan untuk berdepan sebarang kemungkinan yang serius.

Kementerian sumber air telah mengarahkan kawasan pertanian yang dilanda kemarau untuk melindungi tanaman yang terdedah dan meningkatkan penanaman untuk mengimbangi kerugian menjelang musim menuai.

Menurut data daripada kementerian kecemasan China pada Khamis, suhu tinggi pada bulan Julai sahaja telah menyebabkan kerugian ekonomi langsung sebanyak 2.73 bilion yuan ($400 juta), menjejaskan 5.5 juta orang.

Sementara itu, penganalisis menjangkakan pertumbuhan ekonomi mungkin berkurang di bawah 3% sekiranya situasi ini berterusan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat