China Lancar Pakej Rangsangan Untuk Bantu Pemulihan Ekonomi

181

Majlis Negeri China melancarkan pakej rangsangan yang meliputi dasar fiskal, kewangan, pelaburan dan perindustrian dalam usaha membantu pemulihan ekonomi daripada pandemik Covid-19.

Pakej rangsangan yang merangkumi 33 langkah itu, menggariskan peralihan China ke arah pertumbuhan setelah terkesan akibat polisi sifar Covid dengan langkah sekatan yang ketat.

Sebagai langkah memulihkan pelaburan dan penggunaan, China akan menggalakkan pembangunan sihat syarikat platform yang diharapkan memainkan peranan dalam menstabilkan pekerjaan.

Syarikat platform juga digalakkan untuk membuat kemajuan dalam bidang termasuk perkomputeran cloud, kecerdasan buatan dan teknologi blockchain.

Ini secara tidak langsung menunjukkan petanda baharu bahawa China sedang melonggarkan tindakan keras terhadap sektor itu.

Selain itu, China juga akan mengembangkan pelaburan swasta, mempecepatkan pembinaan infrastruktur dan merangsang pembelian kereta dan peralatan rumah bagi menstabilkan pelaburan.

Dari segi dasar monetari dan kewangan pula, Beijing bakal meningkatkan kecekapan pembiayaan melalui pasaran modal, dengan menyokong firma tempatan untuk disenaraikan di Hong Kong serta mempromosikan penyenaraian luar pesisir oleh syarikat platform yang layak.

Majlis Negeri juga berikrar untuk mengurangkan lagi kos pinjaman sebenar dan mengukuhkan sokongan kewangan untuk infrastruktur dan projek utama.

Bagi meningkatkan sokongan fiskal kepada ekonomi, China akan mempercepatkan pengeluaran bon khas kerajaan tempatan dna sokongan tunai untuk firma yang mengambil graduan kolej.

Langkah lain termasuk dasar untuk memastikan keselamatan tenaga dan makanan, serta menstabilkan rantaian bekalan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat