China Lancarkan Perundangan Antitrust Baru, Big Tech Perlu Berwaspada

264

‘Kaw-kaw China kawal semua industri dia, lagi-lagi dengan isu kontroversi terbaru muncul pula.’

Satu perundangan antitrust atau undang-undang persaingan yang disemak semula sudah mula berkuat kuasa pada Isnin lalu, sebahagian usaha kerajaan China dalam mengawal syarikat teknologi daripada memonopoli pasaran negara Tembok Besar tersebut.

Difahamkan bahawa ia pindaan pertama kepada Undang-Undang Anti-Monopoli sejak digubal pada 2008 lalu.

Di bawah perundangan baru tersebut, hukuman berat akan dikenakan kepada syarikat teknologi besar yang menggunakan kelebihan pasaran mereka untuk memaksa vendor kecil memasuki kontrak perniagaan eksklusif.

Ia adalah rentetan daripada tindakan keras pihak berkuasa China terhadap syarikat teknologi gergasi yang sebahagian besarnya penyumbang penalti kewangan terbanyak pada 2021 ekoran pelanggaran antitrust.

Menyingkap insiden pada November 2020 lalu, kerajaan China mula mengawal amalan ‘pilih 1 daripada 2’ yang mana gergasi teknologi mengarahkan vendor untuk tidak menjalankan perniagaan dengan platform saingan lain.

Kemudian pada April tahun sama juga, gergasi e-dagang Alibaba Group Holding telah dikenakan denda 18.2 bilion Yuan sementara Meituan pula dikenakan penalti 3.4 bilion Yuan pada Oktober.

Dikatakan jumlah denda yang dikutip daripada pelanggaran anti-monopoli tersebut mencapai 23.5 bilion Yuan pada tahun lepas, peningkatan 5 kali ganda daripada catatan 2020.

Ulas media tempatan China pula menyatakan syarikat teknologi menyumbang 21.7 Yuan atau 92% penalti tersebut.

Dalam pada itu, perundangan baru tersebut dilihat masih belum diaplikasikan terhadap perusahaann milik kerajaan dengan kedudukan pasaran yang dominan.

Suka diingatkan Presiden Xi Jinping telah menggelar perusahaan negara sebagai ‘tonggak utama’ ekonomi negara.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat