China Lancarkan Spartan Network, Infrastruktur Blockchain Tanpa Libatkan Mata Wang Kripto

160

Rangkaian Perkhidmatan Blockchain (BSN) China secara rasminya telah melancarkan Spartan Network iaitu projek infrastruktur blockchain untuk keperluan perniagaan di luar tanah besar China.

Secara konteks, pelancaran Spartan Network ini bertujuan untuk kepentingan perniagaan luar China menggunakan teknologi pengagihan lejer seperti konsep blockchain namun tanpa penglibatan mata wang kripto.

Menurut BSN, lebih 10 syarikat Hong Kong dan konglomerat tradisional seperti Emperor Group, HSBC, Lan Kwai Fong Group dan Maxim Group telah menjadi kumpulan pertama menggunakan perkhidmatan tersebut.

Malah, sehingga kini, 1,300 perniagaan dan organisasi turut mendaftar di platform BSN yang melakukan sejuta transaksi sehari.

Diterangkan juga, BSN telah dilancarkan secara rasmi pada 2020 oleh gergasi telekomunikasi milik kerajaan China, perkhidmatan penjelasan kad UnionPay, Red Date dan Pusat Maklumat Negeri yang merupakan sebuah badan pemikir kerajaan di bawah Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara.

Sementelahan itu, Sijil Distributed Digital BSN (BSN-DDC) yang menggambarkan inisiatif dalam mengendalikan perkhidmatan infrastruktur blockchain berjaya membolehkan syarikat mencetak non-fungible token (NFT) pada blockchain awam tanpa bergantung pada mata wang kripto.

Realitinya, rangkaian tersebut setakat ini telah melancarkan tiga blockchain terbuka iaitu blockchain fork Ethereum, Cosmos dan Polygon Edge.

Di samping itu, Yifan He, ketua eksekutif Red Date Technology yang berpangkalan di Hong Kong yang merupakan arkitek teknikal BSN menyatakan bahawa sistem blockchain tanpa berurusan dengan mata wang kripto membolehkan sesebuah syarikat memanfaatkan faedah blockchain dengan cara yang lebih mudah dan kos efektif.

Misalnya, kos mencetak NFT pada versi Ethereum BSN pada masa ini hanya 3 sen AS dan akhirnya akan turun kepada kurang daripada 1 sen AS kerana yuran dibayar menggunakan rangkaian non-tradeable token (NTT) yang tidak boleh dipindahkan ke wallet lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat