China Mahu Berbaik Dengan Amerika!

193

Diplomat tertinggi China meminta supaya Beijing dan Washington memperbaiki hubungan mereka dan mengatakan Amerika Syarikat perlu berhenti campur tangan dalam urusan dalaman China.

Pengarah Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Negeri Parti Komunis China, Yang Jiechi menyatakan perkara tersebut di forum dalam talian yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Nasional Hubungan AS-China pada hari Selasa di Beijing.

Di bawah pemerintahan Donald Trump, hubungan AS dan China telah bertambah buruk sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada tahun 1979, disebabkan isu-isu perdagangan, teknologi, Hong Kong, Taiwan dan Xinjiang serta Laut China Selatan.

Sambil meyakinkan Amerika Syarikat bahawa China tidak berniat untuk mencabar atau mengganti kedudukan AS sebagai ekonomi terbesar di dunia, Yang menekankan bahawa tidak ada kuasa yang boleh menahan kebangkitan China.

Selain itu, beliau juga menggesa pentadbiran baru Biden supaya tidak menyalahgunakan konsep keamanan antarabangsa dalam perdagangan.

Yang juga menegaskan bahawa China bersedia untuk bekerjasama dengan AS dan dalam menggerakkan hubungan tersebut, tidak ada konflik, konfrontasi dan mereka perlu saling menghormati.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat