China Mempunyai 2400 Billionaire, Berikut Adalah 10 Manusia Terkaya Di China.

2,796

Populasi rakyat yang berstatuskan billionaire di China semakin meningkat saban tahun. Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Wealth-X, hampir 2,400 billionaires telah berjaya dilahirkan dalam negara tersebut. 94% daripada mereka adalah datang dengan keringat sendiri.

Sejak 5 hingga 10 tahun, sektor teknologi, runcit dan hartanah menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan. Pertumbuhan ini telah mendorong usahawan untuk merebut lebih banyak peluang.

Hanya 2% iaitu 249 billionaire adalah hasil warisan. Manakala 4% adalah mereka yang memiliki warisan dan dalam masa yang sama seorang usahawan. Selebihnya 94% adalah mereka yang berusaha keras sehingga menjadi billionaire.

Berikut merupkan 10 orang terkaya China berdasarkan laman sesawang CNBC.

10. Yan Jiehe

Jumlah kekayaan: $14.1 billion.
Merupakan pemilik syarikat, China Pacific Construction Group.

Bermula sebagai cikgu sekolah kemudian bekerja dalam industri pembinaan. Akhirnya beliau menubuhkan syarikan beliau sendiri pada tahun 1995.

9. Zhang Zhidong

Jumlah kekayaan: $15 billion.
Merupakan rakan pemilik syarikat, Tencent Holdings,

Bermula melalui kerjasama dengan rakan beliau. Pada tahun 1998, mereka menubuhkan syarikat internet.

8. Lei Jun

Jumlah kekayaan: $15.1 billion.
Merupakan pengurus Xiaomi

Pendidikal awal dalam kejuruteraan komputer, kemudian bekerja sebagai jurutera sebelum bekerja di beberapa syarikat teknologi. Pada tahun 2010, beliau melancarkan telefon pintar dan perisian syarikat Xiaomi.

7. Li Hejun

Jumlah kekayaan: $15.5 billion.
Merupakan pengurus Hanergy Holding Group

Bermula dengan wang pinjaman oleh guru kolej beliau sebanyak $8,000. Kini Hanergy merupakan syarikat tenaga yang global.

6. Ding Lei

Jumlah kekayaan: $17.2 billion.
Merupakan CEO, NetEase

NetEase merupakan syarikat komunikasi, perkhidmatan runcit dan SEO. Beliau memulakan perniagaan pada tahun 1997 selepas tamat belajar dalam bidang teknologi dan sains elektronik.

5. Wang Jainlin

Jumlah kekayaan: $18.1 billion.
Merupakan pengurus, Dalian Wanda Group.

Merupakan seorang tentera selama 16 tahun. Selepas itu beliau mengasaskan Dalian Wanda Group. Kini syarikat tersebut memegang saham kelab bola Atletico Madrid sebanyak 20%.

4. Yang Huiyan

Jumlah kekayaan: $20.7 billion
Merupakan timbalan pengurus, Country Garden Holdings.

Beliau merupakan seorang wanita dan pernah dinobatkan wanita terkaya Asia pada tahun 2015.

3. Hui Ka Yan

Jumlah kekayaan: $27.5 billion.
Merupakan pengurus, Evergrande Real Estate Group.

Merupakan anak kampung pendalaman, dibesarkan di kampung. Selepas tamat belajar, beliau bekerja sebagai juruteknik di syarikat logam. Selepas 10 tahun baru beliau menjadi pengurus syarikat hartanah.

2. Jack Ma

Jumlah kekayaan: $40.2 billion.
Merupakan pengurus, Alibaba Group.

Lahir di daerah Hangzhou. Perjalanan kerjaya pada awalnya sebagai seorang guru. Semua permohonan pekerjaan beliau ditolak sebelum beliau tubuhkan Alibaba. Kini Alibaba merupakan perniagaan runcit terbesar dunia dan syarikat teknologi global.

1. Huateng Ma

Jumlah kekayaan: $41.8 billion
Merupakan pengurus, Tencent Holdings.

Lebih dikenali sebagai Pony Ma. Belajar kejuruteraan komputer sebelum memulakan kerjaya dalam bidang telekomunikasi. Pada tahun 1998, beliau telah bekerjasama dengan 4 rakan bagi menubuhkan syarikat Tencent.

Tencent kini merupakan salah satu syarikat internet terbesar dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat