China Menghentikan Pembelian Barangan Pertanian Amerika Syarikat? Bagaimana Hubungan Perdagangan AS-China?

778

Pada hari ini China telah mengeluarkan kenyataan yang membawa kepada peningkatan ketegangan antara dua buah negara tersebut. China telah mengeluarkan kenyataan yang memberitahu agar syarikat milik negara China untuk menghentikan pembelian kacang soya dan daging babi dari Amerika Syarikat. Kenyataan ini adalah sebagai tindak balas susulan Washington yang mengatakan akan menghapuskan hak istimewa ke atas Hong Kong.

Menurut sumber tersebut, pembelian jagung dan kapas A.S yang berjumlah besar jugak akan ditangguhkan. Dalam masa yang sama, China menyatakan pihak mereka boleh untuk menyekat pembelian kepada barangan lain sekiranya Washington mengambil tindakan lebih lanjut.

Berdasarkan sumber tersebut, “China telah meminta firma negara utama untuk menangguhkan pembelian produk pertanian utama A.S. seperti kacang soya dan daging babi secara besar-besaran, sebagai tindak balas terhadap reaksi A.S. terhadap Hong Kong,”.

Pada Jumaat lalu Presiden Donald Trump telah mengumumkan bahawa beliau akan melucutkan hak istimewa Hong Kong bersama AS. Perkara itu muncul selepas China mengesahkan usul kawalan undang-undang keamanan yang baru, secara efektif akan melarang sebarang protes terhadap politik dan mengesahkan badan perundangan di wilayah pentadbiran khas itu.

China telah menyatakan kesediaan untuk menghentikan lebih banyak import pertanian dari A.S sekiranya Washington masih bertindak keras.

Isu terburuk yang mungkin berlaku jika Trump terus mensasarkan China, Beijing berkemungkinan akan membatalkan perjanjian perdagangan Fasa 1.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat