China Mula Kurangkan Sekatan, Harga Minyak Di Paras Tertinggi Dua Bulan

406

Harga minyak melonjak ke paras tertinggi lebih dua bulan disokong oleh sentimen positif pasaran yang disokong oleh pengurangan sekatan Covid-19 di bandar-bandar utama China.

Shanghai memberitahu pada hari Ahad bahawa ia akan menarik balik sekatan terhadap perniagaan mulai 1 Jun, manakala Beijing pula telah membuka semula bahagian pengangkutan awamnya serta beberapa pusat membeli-belah dan tempat lain apabila kes jangkitan semakin stabil.

Hal ini mendorong keyakinan pelabur bahawa pelonggaran dalam sekatan di China akan meningkatkan semula penggunaan global dan sekali gus merangsang pemulihan secara keseluruhan.

Pada pembukaan sesi Eropah, niaga hadapan WTI Amerika Syarikat diperdagangkan lebih tinggi pada $115 setong, manakala minyak mentah Brent pula mengukuh pada $119 setong.

Dalam pada itu, tumpuan pelabur kini terarah kepada usaha Kesatuan Eropah (EU) dalam mendapatkan persetujuan negara anggota untuk menyekat minyak Rusia menjelang sidang kemuncak EU.

Terdahulu, dilaporkan bahawa EU telah gagal untuk mendapat persetujuan bersama, tetapi para diplomat masih mencuba dengan cadangan Suruhanjaya Eropah bahawa larangan tersebut hanya terpakai kepada minyak Rusia yang dibawa masuk ke EU oleh kapal tangki.

Hal ini akan membenarkan Hungary, Slovakian dan Czechia untuk terus menerima minyak Rusia mereka melalui saluran paip Druzhba sehingga mereka menemui bekalan alternatif lain.

Sidang kemuncak EU akan berlangsung pada minggu ini selama dua hari, iaitu pada Isnin dan Selasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat