China Mulakan Latihan Ketenteraan Berskala Besar Sekitar Taiwan

397

China memulakan latihan ketenteraan terbesarnya di sekitar laut Taiwan susulan keberangkatan Speaker Dewan Rakyat Amerika Syarikat, Nancy Pelosi.

Latihan tembakan secara langsung bermula pada jam 12.00 waktu tempatan di beberapa kawasan dalam jarak 12 batu dari pulau itu.

Dalam pada itu, China mengatakan latihan itu akan diadakan di laluan air yang sibuk dan akan termasuk tembakan peluru hidup jarak jauh.

Nancy Pelosi, yang telah mengadakan lawatan peringkat tertinggi dalam tempoh 25 tahun ke Taiwan telah mencetuskan kemarahan China yang sebelum ini telah berulang kali memberi amaran menghalang beliau datang ke pulau itu.

Beijing mendakwa Taiwan sebagai miliknya dan tidak menolak penggunaan kekerasan untuk menguasai pulau itu.

Sebagai tindak balas kepada tindakan China, Taipei berkata latihan itu melanggar peraturan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menyerang ruang wilayah Taiwan dan merupakan cabaran langsung untuk membebaskan navigasi udara dan laut.

Parti Progresif Demokratik (DPP) berkata China sedang menjalankan latihan di laluan air dan penerbangan antarabangsa paling sibuk dan itu adalah ‘kelakuan tidak bertanggungjawab, tidak sah.’

Jurucakap kabinet Taiwan, yang menyatakan kecaman serius terhadap latihan itu, juga berkata laman web kementerian pertahanan, kementerian luar dan pejabat presiden telah diserang oleh penggodam.

Walaupun ketegangan dilihat sudah mereda, tetapi ia boleh mencetuskan semula risiko sekiranya Amerika Syarikat bertindak balas terhadap provokasi ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat