China ‘Panas Hati’ Dengan AS, Isu Huawei Lagi!

472

Beijing hari ini mengecam sekatan baru Amerika Syarikat terhadap syarikat gergasi telekomunikasi Huawei serta menuduh Washington menyalahgunakan kuasa nasional untuk menyekat kebangkitan syarikat China.

Dalam sebuah kenyataan Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat semalam, negara itu telah melarang 38 sekutu Huawei daripada membeli cip komputer Amerika dan teknologi lain.

Ketegangan antara kedua-dua buah negara itu semakin meningkat berikutan dengan dakwaan Washington bahawa firma China itu digunakan untuk menjalankan pengintipan. Walau bagaimanapun, tuduhan tersebut telah dinafikan oleh pemerintah China dan syarikat-syarikat itu.

Jurucakap kementerian luar negeri China, Zhao Lijian hari ini mengatakan bahawa tiada bukti bahawa produk Huawei mengandungi security loopholes atau pintu belakang.

Selain itu, pegawai AS berpendapat bahawa Huawei menimbulkan risiko keselamatan kerana hubungannya dengan pemerintah Beijing. Menurut Setiausaha Perdagangan, Wilbur Ross mengatakan bahawa Huawei dan sekutunya telah bekerjasama melalui pihak ketiga untuk memanfaatkan teknologi Amerika Syarikat dengan cara yang merosakkan kepentingan nasional dan kepentingan luar negara tersebut.

Oleh itu, pentadbiran Trump telah melarang Huawei dari rangkaian tanpa wayar 5G di Amerika Syarikat dan menggesa sekutunya untuk melakukan perkara yang sama

Zhao hari ini telah mendesak Amerika Syarikat untuk memperbaiki kesalahannya bahkan mendedahkan bahawa China akan terus mengambil langkah yang diperlukan untuk melindungi hak dan kepentingan sah syarikat China.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat