China Pantang Berundur, Tekad Mahu Kalahkan Ekonomi Amerika!

958

Ketika China bergelut dengan gelombang baharu Covid-19, para pemimpinnya terus komited untuk mendahului Amerika Syarikat dalam pertumbuhan ekonomi.

Presiden Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan pegawai tertinggi ekonominya dan menggesa mereka untuk melakukan langkah rangsangan yang lebih berani untuk menyokong ekonomi China dan menunjukkan sistemnya lebih hebat daripada Barat.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin menyatakan keyakinannya bahawa pemulihan berterusan dalam ekonomi negara itu kekal tidak berubah. Malah, China berkemampuan sepenuhnya dan berada pada kedudukan yang baik untuk mengatasi cabaran.

Pada suku akhir 2021, Amerika mendahului kadar petumbuhan suku tahunan China buat kali pertama dalam hampir dua dekat, di mana Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS meningkat 5.5% berbanding China 4%.

Ini telah menimbulkan ‘amaran’ buat China, lebih-lebih lagi selepas ramalan KDNK oleh instituti kewangan utama Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia juga diturunkan.

Sebagai tindak balas, pegawai China sedang mempertimbangkan projek pembinaan baharu yang besar untuk menggiatkan semula sektor utama ekonominya.

Kerajaan tempatan pula menarik balik sekatan ke atas pembelian rumah dan pegawai atasan sedang mempertimbangkan pertemuan dengan pelabur asing untuk mengurangkan kebimbangan mengenai tindakan tegasnya baru-baru ini terhadap perniagaan.

China menyasarkan untuk mencapai KDNK sebanyak 5% pada suku kedua bagi meletakkannya di landasan untuk mencapai matlamat pertumbuhan tahunannya 5.5%.

Walaupun polisi ‘sifar COVID-19’ China menimbulkan halangan utama kepada objektif ekonominya, ia tidak memberi petunjuk untuk berundur. Sebaliknya, pegawai memberi tumpuan kepada langkah-langkah seperti projek pembinaan baharu untuk mengurangkan masalah pandemik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat