China – Perjanjian Fasa 1 Telah Mencapai Kesepakatan Di Atas Kertas!

0 259

Kementerian Perdagangan China telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka telah menyatakan persetujuan dengan Amerika Syarikat secara bertulis bagi perjanjian perdagangan fasa 1, dimana tarif import A.S keatas barangan China akan dikurangkan secara berperingkat. Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Naib Menteri Perdagangan, Wang Shouwen pada hari Jumaat.

Berdasarkan laporan China, Global Times, kenyataan bertulis itu merangkumi 9 fasa yang termasuk perbincangan harta intelektual, perpindahan teknologi, makanan dan pertanian, perkhidmatan keawangan, kadar pertukaran mata wang dan perjanjian akhir.

Dalam masa yang sama, CNBC menukilkan kenyataan Menteri Kewangan, Liao Min bahwa tanpa ragu-ragu bahawa China akan membeli barangan dan produk A.S. Namun rincian syarat dan terma akan dikeluarkan kemudian.

Walaubagaimanapun, setakat ini belum ada kenyataan balas dari pihak A.S tentang apa yang dipersetujui. Komen oleh pihak China hadir susulan beberapa minit apabila Trump menafikan laporan bahawa beliau bersetuju untuk mengurangkan pengurangan tarif.

Pada hari Khamis, Trump telah memuat naik kenyataan di Twitter beliau selepas berbincang dengan penasihat perdagangan A.S bahawa kedua-dua belah pihak semakin hampir kepada persetujuan ‘perjanjian yang besar’.

Anda mungkin juga berminat