China Salahkan Amerika Syarikat Dalam Isu Wabak Koronavirus?

958

Kementerian Luar China mendakwa Amerika Syarikat pada hari Isnin bahawa A.S telah menunjukkan contoh yang buruk dalam menangani wabak koronavirus yang telah menular. Tambah pihak pentadbiran China, Persiden Donald Trump telah menyebarkan ketakutan dan tidak memberi bantuan yang sewajarnya.

Jurucakap kementerian berkata bahawa ia bukan sesuatu perkara yang munasabah untuk negara-negara di seluruh dunia untuk menghalang orang ramai daripada menyeberangi sempadan. Kementerian China mengatakan bahawa AS telah menyebarkan panik dan bukannya bertindak menawarkan saluran bantuan yang diperlukan dalam menghentikan wabak koronavirus.

Kata jurucakap kementerian luar China, Hua Chunying, ” Kerajaan AS tidak memberikan apa-apa bantuan substantif kepada kami,”.

Setakat ini, berdasarkan laporan yang dikeluarkan Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China, sebanyak 17,205 kes koronavirus dan 361 kematian di negara China telah dilaporkan.

Pada minggu lalu, Trump telah menandatangani sebuah perintah yang melarang kemasukan sementara warga asing yang telah mengembara ke China dalam tempoh 2 minggu lalu. Dalam masa yang sama beberapa buah negara lain, seperti Australia, Itali, Jepun, Pakistan, Rusia dan Singapura juga mengumumkan sekatan yang sama.

Walaubagaimanapun Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah menasihatkan agar langkah berkenaan tidak diambil dan memberi amaran bahawa sekatan perjalanan boleh menyebabkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat