China Sedia Mengalah Dengan AS?

921

China memberi gambaran tidak mahu mengeruhkan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) dan menentang sebarang cubaan untuk mencetuskan Perang Dingin baharu antara kedua-dua negara.

Menurut Menteri Luar China, Wang Yi ketika ditemubual oleh agensi berita Xinhua semalam sebagai berkata, sesiapa yang cuba mencetuskan Perang Dingin hanya akan dikenang sebagai pihak yang ‘menghancurkan’ kerjasama antarabangsa.

Ketegangan antara AS dan China kian memuncak sejak beberapa bulan kebelakangan berikutan isu melibatkan perdagangan, hak asasi manusia dan pertumbuhan syarikat teknologi China.

Tambah mengeruhkan keadaan, AS mengumumkan akan mengadakan lawatan peringkat tertinggi ke Taiwan buat kali pertama dalam tempoh 40 tahun. China sebaliknya mengutuk lawatan berkenaan.

Beijing sebelum ini menyifatkan hubungannya dengan AS ketika ini adalah paling buruk sejak tempoh sedekad lalu.

Ujar Yi, China tidak mempunyai niat untuk terlibat dalam perang diplomatik dengan AS kerana hanya akan menjejaskan kepentingan rakyat kedua-dua negara.

Bagaimanapun Yi menegaskan China akan bertindak balas jika AS terus melakukan tindakan yang mengancam Beijing.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat